10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam

Kali terakhir Malaysia layak ke final Piala AFF Suzuki adalah pada tahun 2014. Dan tahun ini, skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe sekali lagi mencipta sejarah mara ke saingan akhir buat kali ke-4 dalam sejarah pembabitan pasukan Malaysia.

Dengan 80,000 tiket yang telah habis terjual, pastinya ramai lagi kelompok peminat Harimau Malaya tercari-cari ‘port’ menarik untuk menonton perlawanan ini bersama-sama keluarga mahupun rakan-rakan.

Bersempena dengan perlawanan getir buat skuad kebangsaan pada malam ini, kami senaraikan 10 ‘port’ menarik untuk anda saksikan perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018:


#1 Restoran Nasi Kandar Nasmir, Mukim Keladi

Lokasi: Taman Semarak, Kulim, Kedah

Restoran Nasi Kandar Nasmir ini mempunyai 11 cawangan di bahagian Semenanjung Utara Malaysia. Salah satu daripada cawangan restoran tersebut terletak di Kulim, Kedah. Ia beroperasi 24 jam sehari, selain mempunyai layar skrin besar serta pembesar suara yang sangat jelas untuk mendengar ulasan daripada komentator perlawanan di bahagian luar.

#2 Restoran Al-Fariz Maju

Lokasi: Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Merupakan sebuah restoran mamak yang beroperasi 23 jam sehari. Sering menjadi tumpuan buat peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris dan juga Champions League. Mempunyai sebuah layar skrin besar di bahagian luar untuk memberikan pengalaman menonton yang mengasyikkan bersama rakan-rakan. Juga terdapat bahagian berhawa dingin dengan TV skrin besar. Antara makanan yang menyelerakan sambil menonton bola disini adalah Naan, Nasi Lemak dan juga Kuey Teow Kung Fu bersama Teh O Ais Gajah.

#3 Restoran Ameer Ali

Lokasi: Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Merupakan rival kepada Restoran Al-fariz Maju, Ameer Ali terletak bertentangan dengannya. Dibuka 24 jam sehari dan menyediakan layar skrin gergasi ditepi kedainya. Menu yang disediakan disini sepertimana kebiasaan sebuah restoran mamak namun berdekatan dengannya terdapat sebuah warung burger ‘legend’. Anda boleh memesan ‘burger cincang’ sambil menonton perlawanan Piala AFF Suzuki 2018.


#4 NZ Wangsa Maju

Lokasi: Wangsa Maju

Salah satu lokasi terkenal di Wangsa Maju untuk menyaksikan perlawanan bolasepak. NZ yang sering menjadi tumpuan peminat EPL pasti akan dipenuhi penyokong Malaysia pula. Sambil menonton, anda boleh mencuba pelbagai jenis makanan seperti roti canai, nasi kandar, sup dan banyak lagi. Anda juga boleh mencuba Roti Puri yang enak di NZ Wangsa Maju.

#5 The H Hartamas

Lokasi: Sri Hartamas, Kuala Lumpur

Bagi penduduk di sekitar Kuala Lumpur, pastinya The H di Sri Hartamas cukup dikenali sebagai tempat menyaksikan perlawanan bola sepak. Dengan skrin besar dan pelbagai juadah enak terutamanya menu paling popular Nasi Ayam Kicap Cili Gesek di kedai Tiga Budak Gemuk, ini lokasi yang sesuai untuk menyaksikan Malaysia vs Vietnam nanti.

#6 The Podium

Lokasi: Sungai Penchala, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur memang mempunyai banyak lokasi menyaksikan bolasepak. Bagi yang tinggal di sekitar TTDI, Mutiara Damansara, Kota Damansara dan Damansara Perdana, boleh berkunjung ke The Podium di Sungai Penchala untuk menyaksikan perlawanan esok. Dengan pelbagai pilihan juadah dari makanan ringan sehingga makanan berat, ini lokasi sesuai untuk bersama rakan dan keluarga untuk menyokong Harimau Malaya. Menerusi akaun Instagram mereka, The Podium akan memberikan 200 baucer makanan percuma kepada yang terawal pada malam ini.


#7 Restoran Hakim

Lokasi: Seksyen 7, Shah Alam

Restoran Hakim merupakan restoran mamak yang sangat popular bagi peminat Arsenal sekitar Shah Alam. Menjadi tumpuan pelajar-pelajar daripada universiti dan kolej berdekatan.

#8 Pawagam TGV

Lokasi: 1 Utama, Georgetown, Seremban, Sunway Pyramid, Tebrau, Wangsa Maju

Selepas mendapat permintaan ramai, akhirnya TGV Cinemas bakal menyiarkan perlawanan Malaysia menentang Vietnam di enam lokasi. Tanpa perlu berpanas dan kerusi yang selesa serta skrin besar, tiada sebab untuk peminat bolasepak tidak mencuba menyaksikan perlawanan ini di TGV. Kemasukan adalah percuma!

#9 Fiesta Big Screen

Lokasi: Dataran Putrajaya Presint 3, Putrajaya

Bagi yang tinggal sekitar Putrajaya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya menganjurkan Fiesta Big Screen untuk peminat Harimau Malaya merebut takhta Piala AFF Suzuki. Lebih menarik, program ini turut dimerihkan dengan acara cabutan bertuah kepada penonton yang hadir. Selain itu, pihak penganjur turut menayangkan aksi kedua di antara Vietnam dan Malaysia pada 15hb Disember kelak.

#10 Live Party AFF Suzuki Cup 2018 Final

Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil

Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pula telah menganjurkan Live Party AFF Suzuki Cup 2018 Final bertempat di Axiata Arena, bersebelahan dengan Stadium Nasional Bukit Jalil. Berdasarkan kepada hebahan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kemasukan ke Axiata Arena adalah percuma dan mampu memuatkan seramai 15,000 penonton bagi menyaksikan perlawanan pada malam ini.


Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019