Posts

FAM terbang tinggi bersama Malaysia Airlines

Image
Malaysia Airlines kini menjadi rakan penerbangan rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas menandatangani perjanjian kerjasama selama dua tahun seperti yang diumumkan sebentar tadi. Memorandum persefahaman (MoU) tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya. Malaysia Airlines juga akan menjadi syarikat penerbangan rasmi untuk pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda. Hamidin menjelaskan beliau sentiasa gembira dan mengalu-alukan syarikat penerbangan Malaysia Airlines bersama menyemarakkan lagi sukan nombor satu negara. “Kami sangat mengalu-alukan kehadiran Malaysia Airlines yang kini menjadi salah satu penaja rasmi buat FAM. “FAM berbangga dengan MoU bersama syarikat penerbangan terkemuka negara dan berharap ia mempunyai perkongsian jangka panjang yang saling menguntungkan bagi kedua-dua pihak,...

PKNS FC Intai Gabriel Guerra?

Image
BEKAS penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Gabriel Guerra, dikaitkan untuk kembali menyertai PKNS FC bagi memperkuatkan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2019. Spekulasi bertiup kencang bahawa pemain dari Argentina itu bakal kembali menabur bakti bersama skuad Semut Merah. Namun, apabila ditanya mengenai spekulasi itu, Rajagobal berkata: “Ia hanya spekulasi. "Saya tidak tahu mengenainya sehingga hari ini siapa pemain itu. Kalau saya dapat sebarang maklumat tentang pemain tersebut, saya akan nilai situasi sama ada pasukan memerlukan khidmatnya." Guerra mula menempah nama di Malaysia sewaktu bersama PKNS empat tahun lalu selepas membantu kelab itu layak ke Liga Super 2017 susulan kejayaan bergelar naib juara Liga Perdana. Sementara itu, Rajagobal mahu meningkatkan keserasian antara pemain selain mendedahkan lebih banyak aksi pemanas badan akan dijalankan dengan memilih Singapura sebagai lawan seterusnya, Khamis ini. ...

Bekas Pengarah Teknikal Buriram United Dilantik Sebagai Pengarah Bola Sepak Perlis

Image
TEKA-TEKI siapa Pengarah Bola Sepak pasukan bagi Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) terjawab apabila Matt Holland diumum memegang jawatan itu, sekaligus mengetepikan khabar angin bahawa ia akan diisi ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe. Pada masa sama, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Cheng Hoe akan kekal sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya sehingga 2020 pada tengah hari Selasa. Menurut laman Facebook PFA, Holland adalah seorang bekas pemain Swansea City FC yang mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak di Eropah, Amerika Syarikat, India, Thailand dan Australia. Holland pernah memegang jawatan Pengurus Pembangunan Bola Sepak dan Pengarah Teknikal juara liga Thailand 2018, Buriram United dari tahun 2016 hingga 2018. Selain itu, Holland juga pernah menjadi penolong jurulatih bagi Bengaluru FC pada 2015-2016. Beliau juga mempunyai lesen kejurulatihan AFC Pro License dan dikatakan calon sesuai untuk membantu pasukan Singa Utara itu memperoleh keputusan ...

Liverpool Tersingkir Dari Saingan Piala FA

Image
LIVERPOOL yang menurunkan skuad keduanya tersingkir daripada saingan Piala FA musim ini lebih awal selepas tewas 1-2 kepada Wolverhampton dalam aksi pusingan ketiga awal pagi ini. Keputusan pengurus Jurgen Klopp melakukan sembilan perubahan pemain termasuk menyenaraikan tiga pemain muda ternyata membawa padah apabila pasukan tuan rumah tidak melepaskan peluang meratah mereka dengan satu gol dalam setiap babak menerusi Raul Jimenez dan Ruben Neves. Walaupun pada satu ketika, Liverpool berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-1 di babak pertama menerusi gol penyamaan Divock Origi di awal babak kedua namun ia sudah terlambat untuk menyekat kebangkitan Wolverhampton. Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut Liverpool dalam masa lima hari. Sebelum ini mereka tewas buat kali pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris Jumaat lalu kepada Manchester City yang menang 2-1.

Salah Dijangka Akan Menang Pemain Terbaik Afrika

Image
BINTANG Liverpool, Mohamed Salah dijangka sekali lagi dinobat sebagai Pemain Terbaik Afrika buat tahun kedua berturut-turut pada majlis anugerah yang dijadual berlangsung di Senegal lewat malam ini. Walaupun menerima saingan hebat daripada rakan sepasukannya, Sadio Mane dari Senegal selain pemain Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dari Gabon, Salah, 26, yang konsisten dalam menjaringkan gol dilihat memiliki kelebihan ketara terutama selepas diumumkan sebagai pemain terbaik 2018 anjuran BBC baru-baru ini. Jika ia menjadi kenyataan, Salah akan muncul pemain Mesir pertama dalam sejarah memenanginya secara berturut-turut. Sebelum ini Yaya Toure dari Ivory Coast, Samuel Eto’o dari Cameroon dan ElHadji Diouf dari Senegal pernah mencatat pencapaian seumpama itu sejak anugerah ini diperkenalkan 48 tahun lalu.

Durakovic Puas Hati Prestasi Pemainnya

Image
JURULATIH Perak, Mehmet Durakovic berpuas hati terhadap prestasi yang dipamerkan anak buahnya walaupun seri tanpa jaringan dalam aksi persahabatan pertama pra musim menentang pasukan Liga Perdana, PDRM di sini semalam. Menurutnya, dia bangga dengan aksi pemain terutamanya pemain muda sehingga Perak berjaya menguasai permainan di sepanjang perlawanan.
 Katanya, walaupun buntu menjaringkan gol, para pemainnya beberapa kali mencipta peluang gol namun gagal disempurnakan.
 “Berdasarkan aksi persahabatan pertama kami malam ini, saya dapat melihat kami mempunyai masa depan yang cerah berikutan prestasi yang memberangsangkan yang ditunjukkan terutama pemain muda,” katanya selepas perlawanan semalam.
 Menurutnya, persiapan Perak untuk menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) 2019 berjalan dengan baik dan beberapa perlawanan persabahatan akan diadakan sebelum saingan sebenar bermula.
 Katanya, Perak akan menentang Kedah pada Ahad ini dalam perlawanan Unity Shield yang dianjurkan oleh Persa...

Liridon Krasniqi Kekal Bermain Di Liga Malaysia Tetapi Bukan Perlis

Image
HASRAT Perlis untuk mendapatkan khidmat bekas bintang import Kedah, Liridon Krasniqi tidak kesampaian selepas penyerang kelahiran Kosovo itu memilih untuk menyertai pasukan Liga Malaysia (Liga M). Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Liridon ketika menghubungi pemain itu. Ahmad Amizal bagaimanapun berkata, PFA masih berusaha mencari pemain import lain dengan empat atau lima calon sudah disenarai pendek dan akan ditandatangani sebelum berakhirnya tempoh pendaftaran pada 20 Februari ini. “Bagi pemain import kami memang belum menandatangani mana-mana pemain lagi, maknanya kuota empat import masih kosong dan hasrat untuk dapatkan bukan spekulasi. “Malangnya dia sudah menyatakan persetujuan untuk bersama pasukan lain di dalam Malaysia, tapi bukan Perlis. Jadi, kita terpaksa melepaskan hajat untuk mendapatkan khidmat dia. “Masa semakin terhad untuk memilih import dan kami menggunakan ...