FAM terbang tinggi bersama Malaysia Airlines
Memorandum persefahaman (MoU) tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Hamidin menjelaskan beliau sentiasa gembira dan mengalu-alukan syarikat penerbangan Malaysia Airlines bersama menyemarakkan lagi sukan nombor satu negara.
“Kami sangat mengalu-alukan kehadiran Malaysia Airlines yang kini menjadi salah satu penaja rasmi buat FAM.
“FAM berbangga dengan MoU bersama syarikat penerbangan terkemuka negara dan berharap ia mempunyai perkongsian jangka panjang yang saling menguntungkan bagi kedua-dua pihak,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan FAM sebentar tadi.
Comments
Post a Comment