Liridon Krasniqi Kekal Bermain Di Liga Malaysia Tetapi Bukan Perlis
Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Liridon ketika menghubungi pemain itu.
“Bagi pemain import kami memang belum menandatangani mana-mana pemain lagi, maknanya kuota empat import masih kosong dan hasrat untuk dapatkan bukan spekulasi.
“Malangnya dia sudah menyatakan persetujuan untuk bersama pasukan lain di dalam Malaysia, tapi bukan Perlis. Jadi, kita terpaksa melepaskan hajat untuk mendapatkan khidmat dia.
“Masa semakin terhad untuk memilih import dan kami menggunakan saranan daripada penyokong supaya mengambil pemain import yang pernah bermain di Liga M,” katanya pada sidang media mengumumkan Matt Holland sebagai pengarah bola sepak Perlis di sini, hari ini.
Khabar angin kini bertiup kencang mengatakan Liridon yang terkenal dengan julukan Mat Don bakal menyertai Pahang kerana dia turut berada di Thailand untuk melihat sesi latihan pramusim juara Piala FA tersebut.
Apa yang positif mengenai perkembangan tersebut, keputusan Liridon kekal beraksi dalam Liga M bermakna, peluangnya untuk diserap sebagai pemain naturalisasi kedua negara cerah kerana melengkapkan syarat lima tahun beraksi di negara ini.
Comments
Post a Comment