Liverpool Bersetuju Untuk Menandatangani Fabinho


Kelab bola sepak Liverpool sudah mendapat kata putus untuk pemindahan Fabinho dari AS Monaco.


Pemain tengah Brazil akan secara rasmi menandatangani kontrak bersama Liverpool pada 1 Julai setelah berjaya melengkapkan pemeriksaan perubatan dan memuktamadkan kontrak jangka panjang di Melwood.


Fabinho memberitahu Liverpoolfc.com: "Saya sangat teruja dengan perpindahan ini.


"Ini sesuatu yang saya mahukan - Liverpool adalah gergasi eropah. Infrastruktur kelab itu kelihatan luar biasa.



"Sebuah kelab bola sepak yang besar seperti Liverpool datang untuk mendapatkan perkhidmatan saya, saya tidak perlu berfikir panjang untuk menyertainya


"Saya akan cuba mencipta sejarah saya sendiri di Liverpool. Mudah-mudahan dengan bakat yang saya ada, saya dapat memenangi gelaran dengan kelab ini.


"Saya akan cuba untuk mengembangkan bakat yang ada dan belajar memperbaiki diri saya, dan menjadi sebahagian daripada sejarah kelab."


Fabinho, yang mempunyai empat caps untuk Brazil, menjadi pemain pertama yang dibawa masuk bagi jendela perpindahan musim panas.


Pemain berusia 24 tahun itu akan tiba dari Monaco, di mana dia membuat 225 penampilan dan menjaringkan 29 gol dalam lima musim bersama kelab Perancis itu.



Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam