Monaco Jual Thomas Lemar Kepada Atletico Madrid


Bintang Piala Dunia Perancis, Thomas Lemar akan meninggalkan Monaco untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol, Atletico Madrid musim depan.


Perkara itu didedahkan kedua-dua kelab itu selepas membuat persetujuan awal berhubung perpindahan Thomas Lemar.


"Atletico Madrid dan AS Monaco sudah bersetuju dengan perpindahan Thomas Lemar, perpindahan ini sudah diputuskan," jelas kelab Sepanyol itu berhubung kedudukan Lemar.


"Dalam tempoh beberapa hari lagi, kedua-dua kelab akan menyelesaikan segala perjanjian kontrak," kata kenyataan Atletico Madrid mengenai pemain berusia 22 tahun itu yang beraksi di posisi sayap kiri.



Lemar sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal setahun lalu namun Monaco tidak bersetuju dengan bayaran STG92 juta (RM490 juta) selepas melepaskan beberapa pemain bintang mereka.


Lemar juga dikatakan diintai Liverpool yang mahu mencari pemain pengganti Philippe Coutinho.


Sumber rapat dalam menguruskan perpindahan itu memaklumkan kepada AFP, jumlah perpindahan Lemar dikatakan sekitar STG75 juta (RM400 juta) dengan kontrak pemain kelahiran Guadeloupe itu bakal berakhir pada 2020.


"Pada musim lalu, Lemar terus mempamerkan kualitinya," kata Atletico menerusi kenyataan di laman web kelab.


Dia beraksi dalam 35 perlawanan untuk Monaco dengan aksi terbaik sehingga tamat musim.


Didier Deschamps tidak membawa ramai pemain bintang daripada skuad Piala Dunia namun menaruh harapan tinggi terhadap Lemar yang menjaringkan gol ketika Perancis menewaskan Colombia baru-baru ini serta meledak dua gol ketika mencatat kemenangan ke atas Belanda tahun lalu. - AFP



Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam