Padang Latihan England Ditutupi Dengan Dinding Besi


Dinding besi dengan ketinggian 13 kaki dipasang di sekeliling pusat latihan pasukan England di Rusia.


Skuad The Three Lions akan menjalani latihan di stadium mini di Spartak.


Stadium ini sebelum ini digunakan sebagai 'rumah' bagi perlawanan pasukan remaja dan komuniti tempatan.


Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) memohon untuk meningkatkan tahap keselamatan pasukan mereka ketika menjalani latihan.




Dan pastinya dengan pagar tinggi itu juga, ketua jurulatih Gareth Southgate dapat memastikan taktikalnya tidak diketahui orang luar.


Skuad England akan berkampung di Hotel The ForRestMix di Repino, lebih kurang 30 kilometer dari St Petersburg dan hanya mempunyai populasi 2,500 penduduk.


Sementara itu, polis Rusia mengambil langkah lebih tegas dari segi keselamatan bagi memastikan Piala Dunia 2018 ini berjaya di Rusia.


Malah mereka sudah pun mengawal lokasi penginapan skuad England 48 jam sebelum ketibaan skuad Southgate.


Skuad England dijangka akan menjalani latihan pertama pada Rabu ini.



Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam