Aarón Ñíguez Tekad Bantu JDT Memenangi Sebanyak Mungkin Piala
Aarón Ñíguez sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa kelab serata eropah seperti Real Oviedo, Tenerife, Braga, Elche, Almeria, Recreativo de Huelva dan Celta de Vigo.
Ini kali pertama beliau bermain di Asia dan JDT merupakan platform untuk mencipta nama di pentas tertinggi Asia melalui kejohanan AFC Champions League. Oleh itu, beliau begitu teruja berada dalam kelab yang pernah menjuarai Piala AFC pada tahun 2015.
“Saya berasa teruja berada disebuah kelab yang hebat disini dan sangat bermotivasi untuk menjulang pelbagai trofi bersama kelab untuk musim baharu nanti. Saya sudah mula menjalani latihan bersama rakan pasukan yang lain untuk mendapatkan keserasian.
“Segala-galanya berjalan dengan lancar dan sudah pasti saya akan memberikan yang terbaik buat pasukan untuk mencapai apa yang telah ditetapkan oleh ‘Boss’ (DYAM Tunku Mahkota Johor),” katanya dalam satu kenyataan di laman facebook rasmi JOHOR Southern Tiger.
Mahu bantu JDT mencapai pelbagai kejayaan
Sebaik sahaja menjejak kaki di Johor Bahru, pemain yang berusia 29 tahun itu mula memasang impian untuk membantu JDT meraih banyak piala dalam saingan Liga Malaysia.
“Misi utama saya disini adalah mahu meraih kejayaan di Kejohanan Liga Juara-Juara Liga AFC dan mahu memenangi seberapa banyak Piala Di Malaysia untuk dihadiahkan kepada ‘Boss’ dan penyokong setia Harimau Selatan,” jelasnya.
Ketibaan Aarón Ñíguez di dalam pasukan bimbingan Benjamin Mora ini pasti memberikan lebih banyak pilihan kepada variasi serangan pasukan JDT yang turut menjadi wakil tunggal negara bertanding di AFC Champions League (ACL) mulai musim 2019.
Aarón Ñíguez sebelum ini pernah disenaraikan sebagai antara 50 bakat muda paling menyerlah oleh World Soccer Magazine pada 2007. Antara pemain lain yang turut tersenarai pada ketika itu adalah Karim Benzema, Angel di Maria, Juan Mata, Gareth Bale, Sergio Aguero dan juga Alexandre Pato.
Comments
Post a Comment