Akhyar Berhak Memilih, JDT Bijak Mengambil Kesempatan
Jika dilihat secara keseluruhan mengenai masalah yg berbangkit berkaitan dgn isu pembelian Akhyar oleh JDT apa yang berlaku diatas kelompangan kontrak pemain yg ditandantangani oleh pemain dan pasukan.
Di dalam bolasepak moden FIFA sgt menghalang apa-apa jenis bentuk penghambaan pemain. Di dalam hal ini, Akhyar sebagai seorang pemain professional dan seorang yang bebas berhak utk memilih pasukan mana yg beliau ingin sertai dan bermain. Berkenaan isu perpindahan Akhyar Rashid ke JDT yang menjadi kontroversi baru-baru, seorang peguam undang-undang sukan bernama Zhafri Aminurashid tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
Tindakan FAM memberikan bayaran solidarity contribution/training compensation kepada KFA adalah satu tindakan "baik hati" yg dibuat FAM bagi tujuan untuk menyelesaikan isu ini demi mencapai situasi menang-menang. Berdasarkan kontrak yg ada di Malaysia skrg, pemain dan pasukan boleh menamatkan kontrak sebelah pihak dgn membayar baki kontrak sehingga tamat. Dan tiada apa2 remedi yg boleh diperolehi pasukan lama apabila perkara itu terjadi. Disebabkan itu FAM telah memperkenalkan klausa pelepasan pada tahum 2017 utk membolehkan pasukan baru membayar jumlah yg dinyatakan di dalam klausa tersebut dan seterusnya membuat perbincangan dgn pemain setelah bayaran tersebut dijelaskan sepenuhnya.
Namun begitu, harus disedarkan bahawa amalan membayar training compensation dan solidarity mechanism ini bukanlah amalan kebiasaan di dalam bolasepak negara. Pengenalan perkara ini oleh FAM menunjukkan FAM sentiasa bergerak ke hadapan utk memajukan bolasepak negara.
Tahukah kita di bawah training compensation/ solidarity mechanism payment ini, setiap pasukan yg membeli pemain perlu membayar kepada pasukan pertama yg pemain tersebut menandatangani kontrak professional sehingga pemain berusia 23 tahun. Menarik utk melihat perkembangan ini kelak di dalam liga Malaysia.
KFA seharusnya meletakkan Klausa Pelepasan terhadap Akhyar lebih awal lagi utk mengelakkan berlakunya masalah ini berlaku. KFA seharusnya meletakkan klausa ini ke dlm kontrak pemain setelah melihat perkembangan pemain tersebut. Ketiadaan klausa ini sbnrnya yg membolehkan berlakunya tapping up pemain di dalam bolasepak. Klausa pelepasan ini telah diperkenalkan FAM sejak tahun 2017 lagi.
Selamat maju jaya Akhyar. KFA terus melahirkan pemain bolasepak berbakat negara dan terus berkerjasama bersama FAM utk memastikan wawasan 2030 dicapai demi sukan bolasepak yg kita cintai.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Peguam Undang-Undang Sukan
Comments
Post a Comment