Akhyar Sudah Ada Keputusan Mengenai Hala Tujunya Bagi Tahun 2019
Bekas pemain kebangsaan, Rezal Zambery Yahya percaya, isu siapa jadi pilihan - Johor Darul Ta’zim (JDT) atau Perlis sebenarnya tidak timbul kerana penerima anugerah Penyerang Kebangsaan Terbaik 2018 itu sudah ada perancangan sejak awal.
Walaupun Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menganggap isu Akhyar belum selesai, namun suka atau tidak, pemain yang terkenal dengan nama julukan Mat Yat itu tetap akan meninggalkan Lang Merah.
“Bagi saya, apa yang dirancang itu adalah demi masa depan kariernya. Dia sudah pasti telah memikirkan masak-masak tentang hala tujunya.
“Saya yakin apa pun pilihannya adalah yang terbaik,” kata Rezal, yang juga Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) kepada Utusan Malaysia.
Ketika isu Kedah tidak berpuas hati dengan JDT kerana cuba mendapatkan pemain itu mengikut ‘jalan belakang’ belum selesai, kini Perlis pula dikaitkan dengan Akhyar.
Kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie mengetuai rombongan Singa Utara mengadakan rundingan dengan pemain tersebut di kediamannya.
Comments
Post a Comment