Anak Bekas Penjaga Gol Lagenda Kebangsaan Cabar Apek
Jurulatih MU, Zainal Abidin Hassan mengakui kehadiran Tse Yang, 23, yang juga anak kepada bekas penjaga gol legenda negara, Wong Kam Fook akan memberi saingan kepada Khairul Fahmi Che Mat atau Apek di posisi terbabit.
Ini kerana, pemain itu sudah berehat lebih enam bulan sebelum menyertai skuad Hang Tuah, sekaligus dia perlu diberi banyak pendedahan untuk kembali mendapat rentak dan bersedia menyaingi Apek.
"Pemain ini menjalani latihan bersama kami dengan pemantauan khas oleh pembantu jurulatih yang juga bekas penjaga gol kebangsaan, Mazlan Wahid.
Sebelum ini, Tse Yang bersetuju untuk mewakili skuad Hang Tuah selepas berhijrah dari kelab liga Divisyen 1 Hong Kong, BC Rangers.
Persetujuan itu membolehkan penjaga gawang ini menjadikan MU sebagai kelab pertamanya beraksi di Liga M.
Pemain yang memiliki ketinggian 189 sentimeter itu dilihat antara pemain yang bakal menjadi aset berharga skuad terbabit.
Kehadiran Tse Yang pastinya merancakkan saingan Liga M, dan jika dia beraksi cemerlang, skuad kebangsaan juga akan mempunyai banyak pilihan di posisi penjaga gawang.
Comments
Post a Comment