Andik Sudah Tiada, Sah Sertai Madura United
KELAB Liga 1 Indonesia, Madura United telah mengesahkan bahawa kelab itu secara rasmi menandatangani Andik Vermansyah untuk saingan Liga 1 tahun 2019.
Dengan berita perpindahan Andik Vermansyah ke Madura United, maka terjawab sudah spekulasi bahawa dia mungkin akan kembali ke kelab lamanya Persebaya, sebuah kelab di mana dia menghabiskan masa tahun-tahun dari 2008 hingga 2013.
Andik adalah sebahagian daripada skuad Indonesia yang bermain di Piala AFF Suzuki baru-baru ini dan telah menunjukkan aksi yang baik semasa pertandingan itu. Pemain berusia 27 tahun itu juga pernah bermain untuk pasukan Kedah FA.
Pemain sayap tersebut menjaringkan 36 gol untuk Persebaya dan ternyata "Bonek" (peminat Persebaya) pasti kecewa apabila Andik telah muktamad memilih untuk bersama Madura United.
Madura United berharap Andik dapat memberikan tenaga dan semangat tambahan yang diperlukan oleh pasukan untuk memperbaiki aksi di peringkat domestik dan memenangi trofi Liga 1 Indonesia sekali lagi.
Comments
Post a Comment