FAM Kekalkan Tan Cheng Hoe Kerana Falsafahnya
"Falsafah bola sepak Cheng Hoe ada dalam visi dan misi F:30.”
Itu pandangan terbuka pemerhati bola sepak negara, Datuk Richard Scully, yang menyambut baik hasrat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang tampak mengekalkan khidmat Tan Cheng Hoe selaku pengendali harimau malaya.
Status pengendali berusia 50 tahun itu selaku ketua jurulatih negara hanya akan diketahui awal Januari depan menerusi mesyuarat jawatankuasa pengurusan pasukan kebangsaan.
Situasi itu tampak memberi petanda jelas mengenai kedudukan Cheng Hoe untuk dikekalkan tatkala kontraknya akan berakhir 31 Disember ini.
Falsafah bola sepak Cheng Hoe berhasil menerusi jaringan pertahanan Syahmi Safari ketika aksi separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 menentang Thailand di Bangkok baru-baru ini.
"F:30 menerapkan falsafah bola sepak Malaysia, di mana ia bermula daripada pertahanan dan ia menunjukkan hasil ketika jaringan Syahmi menerusi lapan sentuhan. Itu adalah visi bola sepak Malaysia. "Jika senior boleh melakukannya apatah lagi pemain muda. Malaysia masih memiliki masa untuk merealisasikannya," kata Richard.
Comments
Post a Comment