Ini Nasihat Bekas Pemain FC Ryukyu, Nazirul Naim Untuk Hadi Fayyadh
Pernah berkelana di negara matahari terbit dengan menyertai kelab divisyen tiga, FC Ryukyu sekitar tahun 2013, beliau mempunyai beberapa nasihat kepada bekas penyerang Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim II (JDT II)
“Bagi saya, gunakan waktu di sana dengan sebaik mungkin, contohnya mempelajari budaya di sana khususnya cara mereka bekerja dan apa yang mereka lakukan pada waktu lapang.
“Budaya mereka banyak berbeza berbanding budaya kita dan sememangnya disiplin adalah nombor satu buat mereka. Memang mereka begitu pentingkan disiplin,” katanya menerusi portal MyMetro.
Hadi Fayyadh juga perlu menyedari status beliau disana sebagai pemain import dan perlu menggandakan usaha untuk tampil lebih baik berbanding pemain tempatan Jepun sendiri.
“Hadi Fayyadh perlu menunjukkan bahawa dia lebih baik berbanding pemain tempatan selain perlu berusaha untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.
“Apapun, ini adalah satu perkembangan yang positif dan saya berharap lebih ramai lagi pemain muda diberi peluang beraksi di luar negara,” tambahnya lagi.
Selain Nazirul Naim Che Hashim, pemain Selangor, Wan Zack Haikal Wan Nor juga turut bermain di Liga Jepun bersama pasukan FC Ryukyu. Mereka berdua ditandatangan daripada pasukan Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee pada ketika itu.
Comments
Post a Comment