Kembalinya Trio Berbisa Bakal Bantu City Melonjak Kembali

PEMAIN tengah Manchester City, Fabian Delph percaya skuad kendalian Pep Guardiola bakal kembali ke puncak prestasi dengan kembalinya trio berbisa mereka walaupun dikejutkan dengan kekalahan 3-2 kepada Crystal Palace di laman sendiri pada Sabtu lepas.

Keyakinan itu disuarakan pemain tengah England itu selepas perlawanan tersebut menyaksikan tiga pemain berbisa mereka, Kevin De Bruyne, Sergio Aguero, dan Riyad Mahrez berjaya mendapatkan minit permainan sekembalinya dari kecederaan yang dialami sebelum ini.

Delph melaungkan kepercayaan bahawa kepulangan pemain-pemain tersebut bakal memberi nafas baru kepada skuad bimbingan Pep Guardiola dalam pertembungan menentang Leicester City dan Southampton sepanjang musim Krismas ini.

“Ianya sentiasa membantu bila anda mempunyai skuad yang bebas dari kecederaan. Persaingan di antara pemain untuk merebut tempat di dalam kesebelasan utama adalah sesuatu yang menyihatkan”

Mengulas mengenai kekalahan kepada Palace, Delph bagaimanapun berpendapat isu kecederaan dan ketidakcergasan pemain-pemain utama bukanlah satu masalah besar kepada pasukan mereka kerana City mempunyai ramai pemain yang mampu untuk mengisi setiap ruang yang ditinggalkan pemain yang mengalami kecederaan.

“Setiap pemain memahami peranan mereka dengan baik, dan dalam perlawanan menentang Palace kami hanya kurang bernasib baik”

Dalam kenyataannya, Delph juga turut menegaskan fokus City kini adalah kepada perlawanan seterusnya dalam misi mendapatkan tiga mata untuk mendekatkan diri dengan pendahulu liga, Liverpool.

Kekalahan kepada Crystal Palace pada hujung minggu lalu menyaksikan Manchester City kini berada di kedudukan kedua liga ketinggalan empat mata dibelakang The Reds.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam