PENYERANG Harimau Malaya, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi mengakhiri zaman bujang bersama gadis pilihannya, Nur Hazwani Mohd Rasid, 23, hari ini. Menceritakan detik perkenalan mereka, Muhammad Shahrel Fikri yang beraksi bersama PKNP FC berkata, mereka mulai saling mengenal sejak tahun 2013. "Sejak itu kami mula berkawan dan merancang untuk berkahwin sejak PKNP layak beraksi di Liga Super. Kami memang merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini dan Alhamdulillah hasrat kami itu termakbul," katanya ketika ditemui pada majlis persandingannya di sini hari ini. Sementara itu, Nur Hazwani yang bertugas di Lembaga Air Perak (LAP) berkata, pada awalnya dia hanya menganggap Muhammad Shahrel Fikri sebagai kawan biasa. Namun jelasnya, kerana sudah lama berkawan, dia mendapati mereka serasi dan akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin. "Saya berharap suami saya terus berjaya dan maju dalam kariernya sebagai seorang pemain bola sepak," katanya. Sementara itu,...
Comments
Post a Comment