Klopp Dedahkan Jumlah Mata Yang Diperlukan Untuk Dinobat Selaku Juara Liga

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, enggan terlalu yakin dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini walaupun pasukannya mendahului carta liga menjelang perayaan Krismas.

Bagi Klopp, pasukannya mungkin memerlukan 105 mata bagi dinobat juara musim ini.

Kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers, awal pagi tadi, meletakkan The Reds berkelebihan empat mata di kedudukan teratas liga dan akan kekal selaku pendahulu menjelang hari Krismas.

Lapan daripada sembilan pasukan terakhir yang mendahului liga ketika perayaan Krismas dinobat juara pada musim tersebut.


Namun, Liverpool merupakan satu-satunya pasukan yang tidak berjaya melakukannya pada musim 2013-14.

Klopp percaya musim ini berbeza daripada musim-musim terdahulu dan 105 mata diperlukan bagi menjamin kejuaraan.

"Ramai memperkatakan pasukan yang menerajui liga pada perayaan Krismas akan menjuarai liga.

"Namun, adakah musim-musim itu berlangsung sengit seperti musim ini?

"Saya berasakan pencabar-pencabar lain (Tottenham dan Chelsea) juga sentiasa menang 2-0 dalam setiap perlawanan.


"Empat pasukan berpotensi untuk mengumpulkan lebih daripada 40 mata menjelang hari Krismas.

"Mereka juga tidak boleh dipandang mudah.

"Jika anda mahu meletakkan tajuk akhbar, 'Klopp perlukan 105 mata untuk bergelar juara', sila lakukan.

"Saya tidak pernah memikirkannya, namun saya cuba menjawab persoalan anda dengan sopan," katanya.

Manchester City mampu merapatkan jurang mata dengan Liverpool andai mereke menewaskan Crystal Palace, malam ini.


Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam