Liverpool Pasti Akan Mula Kehilangan Mata Selepas Ini - Hogdson
Kekalahan mengejut 3-2 Manchester City kepada Palace kelmarin menyaksikan Liverpool yang meraih kemenangan 2-0 ke atas Wolves 2-0 sehari sebelum itu memiliki kelebihan empat mata di persada liga.
Liverpool merupakan satu-satunya pasukan yang belum tewas ketika skuad kendalian Jurgen Klopp itu dalam misi mengejar kejuaraan liga yang pertama sejak 1990.
"Saya tidak berasakan Pep Guardiola tidak bimbang mengenai ketinggalan empat mata ketika saingan berbaki 20 perlawanan," katanya.
"Salah satu pasukan akan mencari jalan untuk mengatasi Liverpool. Perjalanan masih jauh untuk bergelar juara.
"Saya pasti satu-satunya kekecewaan yang dihadapi Guardiola adalah menyaksikan pasukannya mengawal permainan tetapi gagal melunaskan peluang meledak gol."
Comments
Post a Comment