Liverpool Sedia Menjual Dua Penyerang Bagi Mendapatkan Penyerang Prolifik Timo Werner

LIVERPOOL berpeluang untuk menambahbaik lagi barisan serangan mereka pada jendela perpindahan Januari ini, dengan membenarkan Divock Origi dan Daniel Sturridge meninggalkan kelab itu untuk mendapatkan penyerang Jerman Timo Werner.

Walaupun Liverpool sekarang berada di prestasi yang terbaik dan berada di puncak Liga Perdana perbezaan enam mata dengan pencabar Spurs, Jurgen Klopp masih tidak berpuas hati dengan bahagian serangan The Reds. Kedua-dua penyerang iaitu Divock Origi dan Daniel Sturridge dijangka akan meninggalkan Merseyside pada Januari ini.

Sebagai gantinya, Klopp berharap untuk membawa masuk penyerang RB Leipzig Timo Werner, seperti yang dilaporkan oleh Daily Star.

Werner telah menunjukkan aksi yang memberangsangkan di Bundesliga dan telah menjaringkan 13 gol dan melakukan 3 assist dengan hanya 21 penampilan bersama RB Leipzig.

Werner, 22 tahun yang dulu bermain untuk VFB Stuttgart pada tahun 2015/16, telah mencatatkan 55 gol dan 20 assist untuk dalam hanya 98 penampilan.

Pilihan Penulis

Klopp Minta Semua Bertenang, Kelebihan Enam Mata Tidak Ada Makna

Solskjaer Puji Aksi Bertenaga Pogba

Manchester City Kalah Lagi

Liverpool Terus Gah Di Puncak Liga Perdana Inggeris

Dengan rekod yang luar biasa dimiliki oleh pemain antarabangsa Jerman itu, Bayern Munich dan Manchester United juga berminat untuk mendapatkan Werner. Tetapi, walaupun Reds sudah mempunyai barisan depan yang hebat dengan Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamed Salah, mereka tidak mempunyai keterampilan nombor sembilan yang dimiliki Werner.

Klopp juga berharap Liverpool dapat mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam liga selepas ini dengan melayan kunjungan Arsenal di Anfield, sebelum menentang Man City di Etihad pada 3 Januari.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam