PSG Terpaksa Jual Kylian Mbappe Atau Neymar Jr.

PARIS SAINT GERMAIN (PSG) dilaporkan mungkin terpaksa jual salah satu bintang mereka sama ada Kylian Mbappe atau Neymar Jr.

Akhbar The Mirror melaporkan bahawa PSG telah melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP) dan akibat dari itu PSG perlu membayar lebih kurang £170 juta untuk membuat memperbetulkan kesalahan kewangan mereka.

Ini bermakna PSG terpaksa menjual pemain tertentu supaya untuk mendapatkan duit untuk kelab. Justeru itu mereka terpaksa menjual Neymar atau Mbappe.

Ini kerana UEFA sedang mengkaji nilai perpindahan dua pemain bintang tersebut yang dikatakan melampau, dengan nilai perpindahan bagi Neymar ialah £195.8 juta dan Mbappe pula berharga sekitar £158.7 juta. Sekiranya didapati bersalah melanggar peraturan, PSG boleh digantung dari Liga Juara-Juara UEFA.

Oleh itu, pasti PSG buntu sama ada mahu menjual Mbappe atau Neymar, yang kedua-duanya penting bagi pasukan dalam beberapa musim lalu.

Hanya masa yang akan memberitahu sama ada PSG pastinya perlu menyingkirkan salah seorang atau kedua-dua pemain bintang mereka. Kisah ini telah mendapat perhatian dari semua kelab-kelab besar eropah yang mungkin sedang menunggu untuk membeli salah seorang bintang PSG ini.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam