Real Madrid Sedia Dapatkan Pemain Antarabangsa Perancis Januari Ini
REAL MADRID mungkin akan mengalihkan perhatian mereka menjelang pembukaan jendela perpindahan yang akan datang kepada bintang Perancis Nabil Fekir, Marca melaporkan.
Setakat ini, Nabil Fekir belum menyambung kontrak beliau bersama Olympique Lyonnais, dengan kontraknya bersama Lyon itu akan berakhir pada 2020, mendorong minat dari beberapa kelab eropah untuk mendapatkannya termasuk Chelsea dan Liverpool.
Laporan itu menunjukkan bahawa Los Blancos sedang mencari seorang penyerang yang berbisa, dan Fekir boleh dianggap sebagai pilihan untuk mengisi kekosongan itu.
Lyon mungkin akan menjual Fekir jika Fekir tidak lagi berhasrat untuk terus berada di Ligue 1, dan Lyon juga akan mendapat sedikit duit dari perjualan Nabil Fekir. Lyon mungkin juga akan menawarkan pemain itu kepada gergasi La Liga Real Madrid .
Bagi Madrid, penjualan Cristiano Ronaldo dan persembahan kurang baik dari Isco, Karim Benzema dan Marco Asensio telah merencatkan visi kelab untuk mengejar kejuaraan liga.
Comments
Post a Comment