Selangor Tawar Kontrak Yang Sukar Untuk Saya Tolak

DIKHABARKAN berkemungkinan tidak disambungkan kontraknya selepas daripada saingan Liga Malaysia 2018 melabuhkan tirainya, nama Rufino Segovia kembali menjadi bulan para peminat tegar Selangor selepas kemasukan jurulatih baharu, B. Sathianathan.

Musim 2018, penyerang import dari Sepanyol ini berjaya menjaringkan 19 gol dalam kancah Liga Super dan 9 gol dalam saingan Piala FA. Kecemerlangan beliau bersama skuad Red Giants membolehkan beliau merangkul anugerah Kasut Emas dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 (ABK18).


Dan beliau disahkan dilanjutkan kontraknya selepas membuat kemunculan pada Majlis Pelancaran Jersi FAS Ke-3 sempenan Hari Bola Sepak Selangor pada 16 Disember lalu di Stadium Shah Alam.

Berkata kepada media, beliau mendedahkan beberapa pasukan tempatan ada berunding untuk mendapatkan khidmatnya untuk saingan musim hadapan, namun apabila pihak Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) membuat tawaran, penyerang berusia 33 tahun ini tidak berfikir panjang untuk menerimanya.

“Saya ada menerima beberapa tawaran daripada kelab lain di Malaysia dan juga luar negara, tapi apabila Selangor menawarkan kontrak baru kepada saya, sudah pasti sukar untuk ditolak.

“Selangor memberi peluang beraksi di sini selama lebih setahun dan mereka juga membantu menaikkan nama saya di sini,” katanya.


Gol demi gol yang dijaringkan oleh pemain berasal dari Kota Madrid ini telah membawa Selangor melangkah sehingga ke final Piala FA 2018, namun hajat mereka untuk menjulang trofi kemenangan dinafikan oleh Pahang.

Tidak mahu kekecewaan lama berulang kembali, beliau meletekkan sasaran untuk merangkul kejuaraan bersama Selangor dan mengulangi ketajaman dihadapan gawang sepertimana pada musim 2018.

Malah kemasukan B. Sathianathan dan juga beberapa muka baharu lebih menambahkan keyakinan beliau untuk menjulang trofi pada musim ini.

“Saya mahu membantu Selangor memenangi trofi musim ini dan untuk individu, saya mahu menjaringkan banyak gol untuk pasukan.

“Pihak pengurusan membawa masuk jurulatih baru (B Sathianathan) dan beberapa pemain baru. Kami perlu berusaha keras dan saya percaya peluang untuk memenangi kejuaraan sentiasa ada untuk mana-mana pasukan termasuk Selangor,” ujarnya.


Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam