Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

PENYERANG Harimau Malaya, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi mengakhiri zaman bujang bersama gadis pilihannya, Nur Hazwani Mohd Rasid, 23, hari ini.

Menceritakan detik perkenalan mereka, Muhammad Shahrel Fikri yang beraksi bersama PKNP FC berkata, mereka mulai saling mengenal sejak tahun 2013.

"Sejak itu kami mula berkawan dan merancang untuk berkahwin sejak PKNP layak beraksi di Liga Super. Kami memang merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini dan Alhamdulillah hasrat kami itu termakbul," katanya ketika ditemui pada majlis persandingannya di sini hari ini.


Sementara itu, Nur Hazwani yang bertugas di Lembaga Air Perak (LAP) berkata, pada awalnya dia hanya menganggap Muhammad Shahrel Fikri sebagai kawan biasa.

Namun jelasnya, kerana sudah lama berkawan, dia mendapati mereka serasi dan akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Saya berharap suami saya terus berjaya dan maju dalam kariernya sebagai seorang pemain bola sepak," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kariernya, Muhammad Shahrel Fikri mengakui dia mendapat lamaran untuk beraksi bersama Perak pada musim depan namun rundingan kontrak masih pada peringkat awal.


Menurutnya, dia menerima tawaran lisan daripada Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) sewaktu beraksi dalam kempen Piala AFF Suzuki 2018 baru-baru ini.

"Saya dalam dilema di antara PKNP atau Perak. Saya memulakan karier bersama Perak tapi mencipta nama bersama PKNP.

"Rasa sayang terhadap PKNP memang ada sebab kami berjaya sehingga ke Liga Super. Perak pula pasukan yang semua orang kenal, juara Piala Malaysia. Saya belum fikir apa-apa lagi, ia bergantung pada rezeki," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam