Stadium Tuanku Syed Putra Kini Tampil Dengan Wajah Baharu

Warga Perlis, terutamanya para peminat sukan bola sepak kini harus merasa teruja kerana Stadium Tuanku Syed Putra telah mengalami pelbagai penambahbaikan dalam persiapan untuk menghadapi musim bola sepak yang akan tiba sebulan dua sahaja lagi.

Seperti yang sudah dimaklumkan dalam media sosial rasmi pasukan Perlis, Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (Perlis FA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie telah membuat lawatan ke stadium tersebut untuk melihat hasil kerja naiktaraf yang telah dilakukan.


Antara hasil daripada kerja naiktaraf Stadium Tuanku Syed Putra ini telah melibatkan bilik persalinan pemain, sistem lampu limpah, padang dan kemudahan untuk golongan kelainan upaya.

Bilik persalinan pemain Stadium Tuanku Syed Putra kini telah dilengkapi dengan fasiliti asas sebuah bilik persalinan, selain turut dicat dengan warna kuning dan biru. Sistem lampu limpah stadium tersebut juga telah menepati piawaian pihak pentadbir liga iaitu Malaysian Football League (MFL) untuk membolehkan perlawanan bola sepak diadakan pada waktu malam, selain padang stadium tersebut juga turut telah dinaiktaraf untuk membolehkan perlawanan bola sepak tempatan dan antarabangsa diadakan.


Perlis FA juga turut menzahirkan keprihatinan mereka terhadap peminat bola sepak yang terdiri daripada golongan kelainan upaya dengan menaiktaraf juga fasiliti dan kemudahan untuk golongan kelainan upaya untuk kegunaan di Stadium Tuanku Syed Putra.

Dengan segala hasil kerja naiktaraf yang telah dilakukan di Stadium Tuanku Syed Putra ini, besarlah harapan penulis agar warga Perlis, terutamanya para peminat sukan bola sepak, dapat memenuhkan stadium ini pada setiap perlawanan di tempat sendiri, mulai musim hadapan.

Kredit Foto: Perlis FA

Popular posts from this blog

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati