Van Dijk Berkeras Mahu Diturunkan Meskipon Tak Sihat
Pertahanan tengah Belanda itu memaparkan aksi luar biasa untuk menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris selepas Mohamed Salah menjaringkan gol pendahuluan dalam babak pertama untuk memastikan The Reds kini berkelebihan empat mata di puncak liga.
Di sebalik hujan lebat di Midlands Barat, Van Dijk berkeras untuk diturunkan bagi memudahkan krisis pemain pertahanan yang melanda pengurus pasukan, Jurgen Klopp.
Van Dijk gembira kerana berjaya memainkan watak penting yang menjamin kemenangan Liverpool -- ketujuh berturut-turut dalam saingan liga -- yang memastikan pasukannya kekal mendahului carta liga tanpa perlu menghiraukan keputusan di antara Manchester City dan Crystal Palace, malam ini.
"Ia hari yang sukar buat saya memandangkan saya tidak sihat (demam) dan tidak dapat memberikan aksi terbaik," katanya kepada Sky Sports.
"Malam ini merupakan aksi penting buat kami.
"Wolves pasukan yang amat baik.
"Wolves memaparkan beberapa serangan berbahaya dan kami berjaya mematahkannya. "Setiap rakan pertahanan saya beraksi baik dan saya gembira kerana dapat bergandingan bersama mereka. "Joe dan Joel tidak dapat diturunkan, namun Dejan Lovren beraksi dengan amat baik sejak saya menyertai pasukan ini," katanya.
Comments
Post a Comment