Akhyar Ucap Terima Kasih Dan Selamat Maju Jaya Buat Kedah
Perkara tersebut diucapkan olehnya menerusi akaun instagram peribadi beliau, semalam. Disamping itu, penyerang berusia 19 tahun ini turut mengucapkan selamat maju jaya buat Helang Merah untuk Liga Malaysia musim 2019 ini.
Akhyar Rashid menjadi bualan hangat bukan sahaja kalangan penyokong Kedah dan JDT, malah turut melibatkan peminat bola sepak Malaysia keseluruhannya.
Perpindahan beliau ke pasukan juara Liga Super 2018 mencetuskan kontroversi dan perdebatan mengenai tindakan beliau menebus kontraknya sebelum menandatangani bersama skuad Harimau Selatan.
Pada masa yang sama, beliau turut menghargai sokongan daripada penyokong pasukan negeri kelahirannya yang banyak membantu kerjayanya sehingga kini.
“Terima kasih juga untuk penyokong tegar Hijau Kuning yang banyak support saya selama ni. Salute!”
Comments
Post a Comment