Dikaitkan Akan Sertai Liverpool, 'Messi Turki' Kata Tunggu Dan Lihat
Pemain berusia 19 tahun itu yang digelar 'Messi Turki' diangkat sebagai pemain muda terbaik di negaranya.
Namun laporan di Turki mendakwa Jurgen Klopp berminat terhadap Omur bagi menggantikan Adam Lallana yang bakal meninggalkan Anfield secara pinjaman bulan ini.
"Liverpool kelab penting tetapi apa yang jadi keutamaan adalah minat Trabzonspor.
"Jika kelab sanggup lepaskan saya, saya akan pergi. Jika mereka mahu saya kekal saya akan kekal. Kita tunggu dan lihat.
"Keutamaan saya adalah Trabzonspor tetapi saya pernah mengimpikan untuk bermain di Eropah. Saya harap saya dapat beraksi di sana suatu hari nanti," kata Omur.
The Reds juga kebetulan sedang mencari pemai baru selepas menjual Dominic Solanke ke Bournemouth manakala Divock Origi dan Lallana dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain bulan ini.
Comments
Post a Comment