Kedah Melengkapkan Kuota 5 Import Dengan Kehadiran Penyerang Argentina
PASUKAN Kedah akhirnya sudah melengkapkan kuota lima pemain import mereka selepas mengumumkan kehadiran bekas pemain Persib Bandung, Jonathan Jesus Bauman untuk memperkuat skuad mereka musim hadapan.
Penyerang berusia 27 tahun itu memulakan kerjayanya dengan beberapa kelab di negara kelahirannya seperti Colon, Patronato dan Deportivo Armenio sebelum berhijrah ke Chile dengan menyertai Santiago Morning. Dia kemudiannya kembali ke Argentina sebelum berpindah pula ke kelab Greece, AOK Kerkyra dan seterusnya menyertai Persib Bandung pada musim lalu.
Bauman yang beraksi sebagai penyerang melengkapkan kuota pemain import Kedah yang telah membawa masuk Syakir Hamzah (Singapura), Anmar Almubaraki (Iraq), Fernando Rodriguez (Sepanyol) dan Renan Da Silva (Brazil) untuk aksi Liga Super 2019.
Bersama Persib, Bauman telah menjaringkan 12 gol daripada 26 penampilan. Dia juga pernah dipanggil menyertai skuad bawah 20 tahun Argentina pada tahun 2010.
Nampaknya musim depan Kedah akan melihat gandingan penyerang Sepanyol-Argentina untuk menggegarkan gawang lawan mereka.
Comments
Post a Comment