Perlis Ingin Melamar Tan Cheng Hoe Sebagai ‘Football Director’
Pengurusan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) tampil mengumumkan mencalonkan pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe sebagai salah seorang calon Pengarah Bola Sepak atau lebih dikenali sebagai Football Director.
PFA tidak mendedahkan nama-nama lain dalam senarai calon-calon mereka namun penyenaraian bekas jurulatih Kedah tersebut atas dasar beliau tidak terikat dengan mana-mana pasukan ketika ini.
Perkara tersebut diumumkan menerusi laman sosial rasmi Northernlions Perlis, sebentar sahaja tadi.
“Pengurusan PFA sedang mencari Pengarah Bola Sepak yang baharu bagi membantu pasukan menghadapi Liga Premier 2019.
“Beberapa nama telah disenarai pendek dan Tan Cheng Hoe juga berada dalam pemerhatian PFA kerana beliau kini adalah ejen bebas ekoran kontrak beliau yang masih belum disambung oleh FAM.” dipetik daripada NorthernLions Perlis.
Tan Cheng Hoe berusia 51 tahun, memulakan kerjaya dalam bidang kejurulatihan sejak tahun 2004 sebagai penolong jurulatih beberapa pasukan kebangsaan peringkat bawah umur. Mula menggalas tugas selaku ketua jurulatih di Kedah dan berjaya membimbing pasukannya memenangi Liga Premier, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.
Comments
Post a Comment