Persatuan Bola Sepak Thailand Pecat Milovan Rajevac

THAILAND memecat jurulatihnya, Milovan Rajevac selepas diaibkan dengan kekalahan 4-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan A Piala Asia di Stadium Al Nahyan, semalam.

Pengendali dari Serbia itu memimpin Thailand sejak 2017 terpaksa membayar dengan harga mahal selepas menyaksikan pasukannya dibolosi tiga kali pada separuh masa kedua.

“Keputusan yang diperoleh tidak mencerminkan skuad kebangsaan Thailand dan penyokong kami sepatutnya mendapat keputusan yang lebih baik.

“Seperti penyokong Thailand di seluruh negara, saya juga kecewa dengan keputusan perlawanan tersebut namun sebagai Presiden FAT (Persatuan Bola Sepak Thailand), saya tidak boleh berdiam diri dengan masalah ini,” kata Presiden FAT, Somyot Poompanmoung.

Dalam pada itu, bekas penolong jurulatih, Sirisak Yodyardthai diberi tanggungjawab untuk memimpin pasukan apabila mereka akan bertemu Bahrain bagi aksi kedua di Stadium Al-Maktoum, Selasa ini.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam