Selangor Meletakkan Klausa Pelepasan RM6 Juta Untuk Syahmi Safari

PERSATUAN Bolasepak Selangor (FAS) bertindak meletakkan klausa pelepasan sebanyak RM6 juta ke atas pertahanan kanan sensasi negara, Syahmi Safari.

Malah, Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata kepada MyMetro bahawa klausa pelepasan bukan sahaja diletakkan ke atas Syahmi Safari sahaja. Lain-lain pemain Red Giants juga telah dilakukan sedemikian dengan nilai sekitar RM3 juta sehingga RM6 juta.

Beliau menjelaskan perkara tersebut dibuat atas saranan Presiden FAS, Tengku Amir Shah yang tidak mahu Selangor menjadi mangsa rundingan ‘pintu belakang’ sekaligus mengelakkan kehilangan pemain penting skuad Merah Kuning.

“Selepas FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) memperkenalkan kontrak baharu pada 2017, FAS sudah menggunakan templat itu dengan setiap pemain diletakkan klausa pelepasan.

“Raja Muda (Presiden FAS, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah) mahu setiap pemain dilindungi persatuan dan sebab itu semua urusan mengenai kontrak pemain sudah diselesaikan lebih awal pada November lalu.

“Ia bukan saja dapat melindungi pemain, malah dapat menjaga kepentingan dan hak pasukan yang sudah berbelanja besar terhadap seseorang pemain,” katanya seperti dipetik daripada MyMetro.

Berusia 20 tahun, Syahmi Safari mula bermain bersama skuad Piala Presiden Selangor sejak tahun 2015. Musim lalu menyaksikan beliau berjaya menembusi skuad utama seterusnya membawa kepada mewakili Malaysia di kejohanan Piala AFF Suzuki 2018.

Dr. Johan sempat mengulas mengenai perpindahan kontroversi pemain muda negara, Akhyar Rashid ke pasukan juara Liga Super 2018, Johor Darul Ta’zim (JDT). Nasihatnya, pasukan-pasukan di dalam Liga Malaysia perlu mengambil pengajaran terhadap perkara yang berlaku dan mula meletakkan klausa perpindahan ke atas setiap pemain yang berkhidmat bersama mereka.

“Isu KFA yang saya dengar, mereka masih menggunakan templat lama dalam kontrak pemain. Jadi saya harap, pasukan lain juga harus memperbaharui kontrak mengikut garis panduan yang diletakkan oleh FAM supaya isu seperti Akhyar dapat dielakkan,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam