Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019
Seramai 28 orang pemain melengkapkan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak untuk memberikan saingan dalam tiga kejohanan utama negara iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia 2019.
Beberapa pemain tempatan juga ditandatangani oleh Kedah FA seperti N. Thanabalan (Negeri Sembilan), Azmeer Yusof, Zaquan Adha (Kuala Lumpur), Syahrul Azwari Ibrahim (Melaka United), Shahrul Igwan Samsudin, Azamuddin Akil (Selangor), Mohd Alif (Felda United) dan seorang pemain yang dinaikkan pangkat daripada skuad Piala Presiden Kedah, Mohd Hidhir Idris.
Pemain-pemain ini akan diuji oleh Aidil Sharin Sahak dalam beberapa perlawanan persahabatan pramusim yang diatur oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA). Antaranya bertemu Perak dalam saingan Unity Shield di Stadium Darul Aman. Selain itu, mereka juga akan ke Krabi, Thailand bertemu Buriram United, Krabi FC dan Suratthani FC. Akhir sekali adalah menentang Home United pada 26hb Januari 2019.
Musim 2018 menyaksikan Kedah bergelut untuk menampilkan aksi terbaik dalam saingan Liga Malaysia. Untuk rekod, Kedah hanya berjaya menduduki tempat ke-6 Liga Super, tewas di pusingan ke-3 Piala FA dan terkandas di peringkat kumpulan Piala Malaysia.
Comments
Post a Comment