Kelantan Dihukum MFL Gara-Gara Hutang, Bibi Ramjani Kecewa

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan nyata tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya dengan keputusan Malaysia Football League mengetatkan syarat pengambilan pemain import bagi pasukan itu untuk bersaing di Liga Premier musim depan.

Semuanya gara-gara hutang lama berjumlah lebih RM500,000 yang masih belum dilangsaikan persatuan itu kepada bekas pemain importnya Dramane Traore dan juga bekas pengarah teknikal, Alfredo Gonzalez.

Dengan Kelantan dihimpit pelbagai masalah berkaitan tuntutan tunggakan gaji sejak beberapa musim lalu, MFL nyata tegas dan enggan berkompromi memberi kelonggaran kepada mereka kali ini.

Tidak menjelaskan secara terperinci mengenai syarat ketat yang dimaksudkan itu sama ada tidak boleh langsung mengambil import ataupun pengambilan import dihadkan kepada hanya satu atau dua pemain, Bibi Ramjani menganggap keputusan MFL itu sebagai tidak adil.

“Kita sedang berusaha keras mendapatkan dana bagi musim baru, sedang membuat persiapan mengikut apa yang kita mampu, semua nampak di landasan baik tiba-tiba kita diarahkan untuk bayar lebih setengah juta ringgit bagi menjelaskan tunggakan lama atau bakal disekat menggunakan import.

“Bila nama pun hutang, kita mengambil masa untuk menyelesaikannya. Hutang tiga empat tahun tidak boleh diselesaikan dalam satu atau dua hari sebaliknya diselesaikan secara beransur-ansur. Jika tidak persiapan pasukan semasa akan terganggu. Jadi sekarang ini kita kena fikir pula apa kaedah untuk menyelesaikannya,” kata Bibi Ramjani.

Setakat ini dua pemain import yang sudah sah akan menyarung jersi Kelantan adalah Cassio Fransisco yang dikekalkan khidmatnya manakala Yuta Suzuki baru dibawa masuk menerusi kerjasama dengan Yakult.

Walaupun tindakan MFL itu mungkin dianggap sebagai satu tindakan ‘kejam’ oleh rata-rata penyokong Kelantan, sebenarnya mungkin ini juga merupakan satu cara terbaik untuk mendidik mana-mana persatuan supaya tidak bersikap sambil lewa di dalam menyelesaikan hutang dan tunggakan gaji sepertimana diarahkan.

Pilihan Penulis

Kelantan Dapat Khidmat Pemain Jepun

Piya Mahu Naikkan Kembali Maruah Bola Sepak Perlis

Akhyar Rashid Rasmi Sarung Jersi Harimau Selatan

JDT Meletakkan RM12 Juta Untuk Klausa Pelepasan Akhyar Rashid

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam