JDT Meletakkan RM12 Juta Untuk Klausa Pelepasan Akhyar Rashid
Juara bertahan Liga Super itu baru sahaja mengesahkan Akhyar akan menjadi pemain tempatan terbaharu yang akan memperkuatkan skuad Harimau Selatan untuk saingan musim 2019.
Tapi bukan itu sahaja! Paling mencuri tumpuan ialah klausa pelepasan bernilai RM12 juta yang turut tercatat dalam kontrak pemain muda itu.
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim berasa gembira telah menandatangani pemain berusia 19 tahun, Akhyar Rashid dengan kontrak selama empat tahun. JDT juga telah menambah klausa pelepasan perpindahan bernilai RM12,000,000 ke atas kontrak Akhyar,” kata Prest di laman rasmi kelab.
“Terdapat yuran pembangunan (development fee) sebanyak RM75,000 yang perlu dibayar kepada bekas kelab pemain tersebut, dan sebagai tanda hormat kepada pasukan Kedah yang telah membangunkan bakat Akhyar, JDT akan membayar Kedah RM100,000,” katanya lagi.
Pilihan Penulis
■ Akhyar Rashid Rasmi Sarung Jersi Harimau Selatan■ Gaji Tak Munasabah Punca Banyak Pasukan ‘Bungkus’
■ Shahrel Fikri Tangguh Hasrat Sertai Perak
■ Pasukan Perlis Perkenalkan Logo Baru Yang Lebih Baik
Comments
Post a Comment