Keputusan Mesyuarat FAM Terhadap Isu Status Akhyar Rashid
Kes: Rayuan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) terhadap keputusan Jawatankuasa Status FAM yang telah bermesyuarat pada 3 dan 4 Disember 2018 berkenaan penamatan kontrak pemainnya, Muhammad Akhyar Abdul Rashid melalui tebus kontrak.
Keputusan: Rayuan KFA telah ditolak dan keputusan Jawatankuasa Status FAM tersebut adalah dikekalkan.
Sebagai bayaran tambahan kepada KFA, mana-mana pasukan baharu yang menandatangani kontrak bersama beliau seterusnya dikehendaki membayar sebanyak RM75,000.00 kepada KFA untuk nilai pampasan latihan.
Untuk makluman, jumlah nilai pampasan yang ditetapkan di atas ini bukanlah diletak sewenang-wenangnya oleh FAM tetapi ia adalah berdasarkan artikel-artikel yang terkandung dalam Peraturan Status & Perpindahan Pemain FAM.
Pilihan Penulis
■ Akhyar Rashid Diarah Lapor Diri■ JDT Tidak Rela Piala Liga Super Bertukar Tangan
■ “Jangan Salahkan Akhyar Dalam Isu Perpindahan Ini”
■ Siapa Nak Akhyar Sila Angkat Tangan!
Jumlah RM75,000.00 pula adalah dibuat berdasarkan kos latihan, kategori kelab yang telah ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), iaitu mengikut Artikel 8: Pengiraan Pampasan Latihan Peraturan Status & Perpindahan Pemain FAM.
Jumlah RM75,000.00 tersebut adalah nilai pampasan latihan yang menjadi wang tambahan untuk diperolehi KFA dengan mengambil kira nilai-nilai murni bolasepak.
Untuk itu, secara keseluruhan KFA akan menerima sejumlah RM285,000.00.
Comments
Post a Comment