Akhyar Rashid Diarah Lapor Diri
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, Akhyar atau lebih dikenali sebagai Mat Yat masih milik mereka kerana kontrak penyerang kebangsaan itu hanya akan berakhir pada 30 November, 2019.
Pada ketika KFA masih tidak gembira dengan tindakan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang didakwa mahu memancing Penyerang Terbaik Kebangsaan 2018 itu menerusi ‘pintu belakang’, tiba-tiba Akhyar dikaitkan pula dengan pasukan jiran, Perlis.
Pilihan Penulis
■ JDT Pantau Isael Barbosa, Tapi....■ Zac Anderson Perkuat Pasukan Perak TBG Musim 2019
■ Kelantan Dapat Khidmat Pemain Jepun
■ Ong Kim Swee Cari Pengganti Irfan Zakaria Dan Adam Nor Azlin
“KFA telah menghantar notis rayuan dan dibawa dalam senarai agenda Mesyuarat JK Rayuan FAM hari ini.
“Selain itu pihak pengurusan juga telah mengeluarkan notis kepada Muhammad Akhyar Rashid untuk melapor diri ke kem Hijau Kuning bermula 1 Januari 2019 setelah memberi pelepasan sejurus tamat Piala AFF Suzuki 2018 pada 15 Disember lalu. Kontrak Akhyar bersama pasukan Kedah sehingga 30 November 2019,” kata KFA dalam Facebook rasmi mereka hari ini.
Comments
Post a Comment