Klopp Gembira Oxlade-Chamberlain Pulih Awal
Oxlade-Chamberlain mengalami kecederaan ligamen selepas dikasari pemain AS Roma ketika aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara musim lalu di Anfield pada April.
Pemain berusia 25 tahun itu menjalani pembedahan lapan hari kemudian dan dijangka terlepas keseluruhan kempen musim 2018-19 tetapi peminat Liverpool memperoleh khabar gembira apabila gambar pemain tengah England itu berlari di pusat latihan tersebar.
“Dengan Ox, daripada langkah pertama, ia nampak seperti Ox. Tiada tekanan terhadapnya, tetapi nampaknya mungkin pada Februari dia akan kembali menjalani latihan yang normal, lewat Februari, Mac, jadi ia memberikan kamu harapan dia akan kembali musim ini.”
Liverpool akan menanti kunjungan Arsenal, esok dalam usaha mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kempen Liga Perdana Inggeris selain kelebihan enam mata di puncak liga.
Ketika ditanya reaksinya mengenai komen rakan setugasnya itu, Klopp berkata: “Itu bukan Unai Emery yang saya kenal. Mereka tidak akan mengibarkan bendera putih. Ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Kami hanya fokus terhadap diri kami.”
Pilihan Penulis
■ Unai Emery Dedahkan Dia Pernah Berhasrat Membawa Salah Ke PSG■ Courtois Berang Dengan Komen ‘Still Can’t Keep A Clean Sheet.’ Dari Peminat Liverpool
■ Emery Yakin Liverpool Mampu Cipta Rekod 'Invicibles'
■ Allegri Calon Alternatif Jika United Gagal Dapatkan Pochettino
Arsenal yang menghuni tangga kelima liga menjadi pasukan terakhir mencuri mata daripada Liverpool selepas mengikat Reds 1-1 di Emirates bulan lalu tetapi sejak itu, mereka melepaskan tujuh mata daripada tiga perlawanan di gelanggang lawan.
Comments
Post a Comment