Unai Emery Dedahkan Dia Pernah Berhasrat Membawa Salah Ke PSG
Unai Emery memutuskan untuk tidak menandatangani Mohamed Salah untuk Paris Saint-Germain kerana keraguannya terhadap bintang Liverpool itu untuk bermain bersama kelab besar seperti Paris Saint-Germain.
Emery memberitahu bahawa Salah sekarang adalah seorang penyerang yang berbisa dan salah satu daripada lima pemain terbaik di dunia, tetapi ketika Salah di Roma selama dua musim, saya lihat Salah kurang keupayaannya untuk menyesuaikan diri bersama Roma.
"Masa itu, saya masih ragu-ragu, dan kemudian Salah telah menandatangani kontrak bersama Liverpool dan keraguan saya itu telah hilang."
"Sebagai contoh PSG di Paris, dan hari ini saya memberitahu kalau saya dapat tandatangi Salah, saya telah menandatangani salah seorang daripada lima orang pemain terbaik dunia."
Emery menjelaskan dengan kehadiran Salah dan pemain pertahanan Virgil van Dijk adalah salah satu faktor kejayaan Jurgen Klopp yang dalam misi menjulang trofi liga perdana.
"Saya masih ingat mereka mempunyai masalah di bahagian pertahanan dan membeli beberapa orang contohnya Van Dijk. Dengan pelaburan yang baik dan hasilnya saya melihat mereka hari ini berada di puncak liga," katanya.
"Saya rasa Liga Perdana kini adalah liga yang paling baik dan paling penting di dunia untuk pasukan. Saya rasa buat masa ini pasukan dan pemain terbaik adalah Liverpool yang sedang di tangga teratas liga dan ia adalah kerana mereka bermain sangat baik. "
Pilihan Penulis
■ Courtois Berang Dengan Komen ‘Still Can’t Keep A Clean Sheet.’ Dari Peminat Liverpool■ Emery Yakin Liverpool Mampu Cipta Rekod 'Invicibles'
■ Coutinho Tak Lagi Disayangi Di Barcelona
■ Liverpool Sedia Menjual Dua Penyerang Bagi Mendapatkan Penyerang Prolifik Timo Werner
Comments
Post a Comment