Liverpool Mahu £75 Juta Setahun Dari New Balance, Atau Cari Penaja Lain

USAHA Liverpool untuk memecah rekod tajaan Manchester United dalam nilai tajaan kit mungkin akan direalisasikan apabila perjanjian baru akan dibuat bersama New Balance.

Liverpool, yang kini mendapat penajaan bernilai £45 juta setahun dari New Balance. Penajaan itu akan tamat pada penghujung musim 2019/20. Walau bagaimanapun, rundingan sedang dijalankan bagi menyambung kontrak dengan New Balance, tetapi Liverpool meminta perjanjian baru bernilai £75 juta setahun bagi menyamai Manchester United.

Menurut The Mail, dalam dua tahun ini, Liverpool telah berjaya meningkatkan jualan kit mereka semenjak Jurgen Klopp mengambil alih pasukan. Dengan kemasukan bintang seperti Mo Salah, Virgil van Dijk, Sadio Mane dan lain-lain juga telah memberi nilai kepada jenama kelab itu.

Pilihan Penulis

Barcelona Tawarkan Philippe Coutinho Dan €150 Juta Untuk Kylian Mbappe

Lima Pemain Yang Mungkin Dibawa Ke Liverpool Menjelang Perpindahan Musim Sejuk Januari Depan

Liverpool Pasti Akan Mula Kehilangan Mata Selepas Ini - Hogdson

Chelsea Memulakan Rundingan Mengikat Pemain Lyon, Liverpool Tarik Diri

Sumber yang dekat dengan kelab itu mendakwa bahawa lebih dari 880 juta menonton perlawanan yang membabitkan pasukan Liverpool. Jumlah itu yang tertinggi di kalangan mana-mana pasukan Liga Perdana.

Sumber itu juga mengatakan bahawa mereka mahu bersaing dengan Manchester United dalam perjanjian kit baru mereka, dan bersedia mencari pasangan baru sekiranya New Balance tidak meningkatkan penajaan mereka sebanyak £75 juta setahun.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam