Man City Kembali Mengejar Pendahulu Liga, Liverpool
Skuad juara bertahan kendalian Pep Guardiola perlu kembali mendapatkan rentak selepas tumbang di tangan Crystal Palace dan Leicester, dan kebangkitan di St Mary dicetus oleh jaringan David Silva, Sergio Aguero serta jaringan sendiri James Ward-Prowse.
Pierre-Emille Hojbjerg kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-37 tetapi City kembali di depan selepas bola sepakan Raheem Sterling terkena Ward-Prowse pada minit ke-45. Aguero menambah jaringan tiga minit kemudian sebelum permainan berhenti rehat.
Kekalahan berkenaan meletakkan Southampton di tangga ke-17 dengan 15 mata, berkongsi mata dengan Burnley di tangga ke-18 yang menewaskan West Ham 2-0.
Pilihan Penulis
■ Jaringan Tunggal Kante Melegakan Chelsea■ Kami Tidak Sabar Jumpa City - Robertson
■ Emery Yakin Liverpool Mampu Cipta Rekod 'Invicibles'
■ Klopp Minta Semua Bertenang, Kelebihan Enam Mata Tidak Ada Makna
Comments
Post a Comment