Kami Tidak Sabar Jumpa City - Robertson
Selepas ketinggalan hasil jaringan Ainsley Maitland-Niles seawal minit ke-11, skuad kendalian Jurgen Klopp itu bangkit untuk mendahului 4-1 dalam babak pertama hasil dua jaringan Roberto Firmino serta satu gol daripada Mohamed Salah dan Sadio Mane.
"Aksi berdepan City adalah perlawanan besar," kata Robertson.
"Mungkin semua pemain dalam skuad sedang menantikan perlawanan itu.
"Namun, kami mengharungi aksi dalam bulan Disember secara satu persatu dan mendapatkan pendahuluan yang selesa.
Sementara itu, pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk, berpendapat pasukannya masih mempunyai ruang untuk meningkat walaupun The Reds kini melalui 20 aksi liga tanpa kalah.
Liverpool mengekang penjaring terbanyak Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang, di sepanjang perlawanan sehingga penyerang itu hanya berupaya menyentuh bola 13 kali dalam keseluruhan aksi, termasuk enam kali daripada sepak mula.
Pilihan Penulis
■ Klopp Akui Hampir Menangis Lihat Salah Serah Penalti Kepada Firmino■ Klopp Gembira Oxlade-Chamberlain Pulih Awal
■ Liverpool Sedia Menjual Dua Penyerang Bagi Mendapatkan Penyerang Prolifik Timo Werner
■ Liverpool Mahu £75 Juta Setahun Dari New Balance, Atau Cari Penaja Lain
"Kami tahu mereka bahaya t berbekalkan kelajuan di barisan depan. Kami tidak bernasib baik dibolosi tetapi tetap mempamerkan aksi sepatutnya. Kami berhak menang hari ini," ujar Van Dijk.
"Kami masih perlu meningkatkan prestasi. Kami sangat gembira dengan keadaan sekarang tetapi akan cuba mengekalkan corak permainan yang sempurna.
"Apa sahaja boleh berlaku. Kami di landasan terbaik, ia sukar tetapi tetap berasa hebat bergelar pemain Liverpool."
Comments
Post a Comment