Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris Tentukan Nasib Salah Hari Ini
Salah jatuh apabila pertahanan Paul Dummett menyentuh bahunya dalam kawasan penalti sekali gus meraih sepakan penalti pada minit ke-47 yang menyaksikan mereka menewaskan Newcastle 4-0.
Namun satu panel Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris dijadual bermesyuarat hari ini bagi menentukan sekiranya pengadil, Graham Scott ‘tertipu’ ketika beliau memutuskan mengenai sepakan penalti itu.
Pengurus Newcastle, Rafael Benitez yang berang berkata: “Penalti sebegitu mengubah segala-galanya dan sekarang ini saya perlu menjelaskan kenapa kami melepaskan empat gol.”
Liverpool bagaimanapun berhak menafikan dakwaan salah laku tetapi suruhanjaya itu akan duduk berbincang sebelum kunjungan Arsenal, awal pagi Ahad ini untuk mendengar rayuan.
Bekas pengadil, Mark Halsey berkata: “Oumar Niasse dan Manuel Lanzini berdepan hukuman sama sekiranya panel ini konsisten.”
Reds kini mempunyai kelebihan tujuh mata berbanding City yang dikendali Pep Guardiola. Mereka bertemu City di Etihad pada 3 Januari depan.
Pilihan Penulis
■ Liverpool Terus Gah Di Puncak Liga Perdana Inggeris■ Lima Pemain Yang Mungkin Dibawa Ke Liverpool Menjelang Perpindahan Musim Sejuk Januari Depan
■ Chelsea Memulakan Rundingan Mengikat Pemain Lyon, Liverpool Tarik Diri
■ Real Madrid Julang Piala Dunia Kelab FIFA 2018 Buat Kali Ketiga Berturut
Comments
Post a Comment