Real Madrid Julang Piala Dunia Kelab FIFA 2018 Buat Kali Ketiga Berturut
Trofi itu diraih selepas Real menewaskan kelab UAE, Al Ain dengan kemenangan 4-1 hasil jaringan Luka Modric, Marcos Llorente, Sergio Ramos, dan gol sendiri Yahia Nader.
Bagi Modric yang menjaringkan satu gol dan satu bantuan gol dalam perlawanan ini, trofi tersebut telah melengkapkan lagi tahun gemilang 2018 sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak.
“Selepas menjulang trofi Liga Juara-juara dan beraksi cemerlang bersama Croatia di Piala Dunia dan sekarang trofi ini pula, ianya sukar dipercayai.
“Tahun ini melengkapkan semua impian saya. Saya tidak akan meminta lebih lagi,” katanya.
Tidak hanya cemerlang bersama kelab dan negara, Modric turut cemerlang sebagai individu selepas dinobatkan Pemain Terbaik Dunia FIFA selain turut menamatkan dominasi Ronaldo dan Lionel Messi untuk meraih Ballon d’Or 2018.
Comments
Post a Comment