Shukor Adan Mengimpikan Melaka United Ke Piala AFC
Pemain berusia 39 tahun itu berkata, usia yang semakin meningkat itu bukan satu halangan dalam sukan bola sepak namun beliau berazam untuk mencapai sesuatu kejayaan bersama skuad Sang Kancil.
"Dengan sokongan padu oleh penyokong-penyokong, kita sudah pasti tidak mahu menghampakan harapan mereka, kami akan berusaha untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir dan menempatkan kedudukan pasukan ini dalam kelompok terbaik," katanya kepada Bernama.
Pemain pertahanan itu berkata, mereka juga memerlukan masa untuk mendapatkan keserasian antara pemain tempatan dan juga pemain import bagi mempersiapkan sebuah pasukan yang terbaik.
Shukor berkata, berkenaan sesiapa akan menjadi ketua pasukan, perkara itu tidak perlu dijadikan sesuatu isu dan ia terpulang kepada Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan untuk menentukan siapa yang bakal mengemudi pasukan itu dalam saingan musim depan.
"Sama ada Safiq (Rahim), Razman (Roslan) ataupun saya itu tidak perlu dijadikan isu, semua memiliki kelebihan masing-masing, apa yang penting kita lakukan adalah memikirkan bagaimana cara untuk naikkan pasukan ini," katanya.
Pilihan Penulis
■ Shukor Adan Tak Kisah Siapa Pun Kapten Melaka United■ Nak Bayar RM1.00 Pun Tak Apa, Janji Ikut Saluran Yang Betul - Mukhriz Mahathir
■ JDT Bijak Dan Berani Tanggung Risiko Demi Akhyar
■ Sumareh Terima Ucapan Dari Neymar Jr., Kaka Dan Patrick Cruz
Sementara itu, Safiq berkata, beraksi dengan pasukan baharu beliau mahu memberikan yang terbaik bersama rakan sepasukan selain mengikut segala perancangan jurulatih di padang.
"Kebanyakan ramai muka-muka baharu dalam pasukan ini, namun apa yang penting kita bekerjasama dan saya akan membantu Melaka United," katanya.
Comments
Post a Comment