JDT Bijak Dan Berani Tanggung Risiko Demi Akhyar
Kata Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) yang juga pengendali Selangor itu, tindakan berkenaan tidak mengejutkan kerana pasukan atau kelab bola sepak di seluruh dunia juga mengguna pakai cara sama untuk melindungi pemain yang dirasakan mampu memberi impak besar pada masa jangka masa panjang, malah beliau juga pernah melakukan perkara sama ketika menjadi ketua jurulatih Felda United sebelum ini.
“Ketika di Felda, saya pernah melakukan perkara sama yang mana saya mengikat kontrak empat tahun dan meletakkan klausa pelepasan RM1 juta kepada dua pemain saya. Pada waktu itu, saya sendiri yang meminta kelab menambah klausa itu sebab saya tahu pemain berkenaan boleh jadi aset pasukan pada masa depan.
“Jadi, hal ini tidak perlu dipertikaikan yang mana saya juga merasakan JDT bijak dengan penetapan itu. Sama ada nilai (klausa pelepasan RM12 juta untuk Akhyar) terlalu tinggi atau tidak, itu terpulang kerana pastinya mereka sudah meneliti semua aspek dan saya juga yakin mereka dapat melihat impak jangka panjang yang mampu di bawa Akhyar ke kelab, terutama dari segi menarik penaja, pembelian jersi dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi.
“JDT berani tanggung risiko dengan kontrak seperti itu. Sebab apa? Kena ingat pemain bola sepak sukar dijangka. Mungkin tahun pertama kedua mereka sangat cemerlang, tetapi kadang-kadang selepas itu prestasi mereka juga ada potensi untuk merudum.
Pilihan Penulis
■ JDT Meletakkan RM12 Juta Untuk Klausa Pelepasan Akhyar Rashid■ Tindakan Johor Darul Ta'zim Umum Akhyar Tidak Menghormati Undang-Undang
■ Akhyar Rashid Rasmi Sarung Jersi Harimau Selatan
■ Duduk Berbincang, Tak Perlu Babitkan CAS
“Jadi, bila berlakunya situasi seperti itu, mahu atau tidak mereka tetap perlu membayar gaji pemain seperti termaktub dalam kontrak. Jadi, pemainlah yang lebih untung,” katanya lagi.
Comments
Post a Comment