Posts

Showing posts from May, 2018

Chelsea Sedia Belanja RM 423 Juta Untuk Lewandowski

Image
Chelsea bersedia membelanjakan 80 juta pound sterling (RM423 juta) terhadap penyerang Bayern Munich Robert Lewandowski. Penyerang kebangsaan Poland itu mahu meninggalkan Bayern selepas empat tahun beraksi bersama kelab Bundesliga itu selepas tidak lagi sebulu dengan pengurus Jupp Heynckes. Pemain berusia 29 tahun itu turut menjadi buruan Manchester United dan Paris Saint Germain (PSG). Ejen Lewandowski, Pini Zahavi berkata:"Robert merasakan dia perlukan perubahan dan cabaran baharu dalam kariernya. Pengurus Bayern tahu mengenai hasratnya itu." "Sebab dia berbuat demikian bukan kerana duit atau kelab tertentu memandangkan hampir kesemua kelab terkemuka mahu memiliki penyerang terbaik dunia untuk mewakili mereka." "Setiap pimpinan Bayern harus memahami situasinya," kata Zahavi. Zahavi ada mengadakan rundingan dengan Chelsea selama beberapa tahun dan dia amat rapat dengan pemilik The Blues, Roman Abramovich. Sumber dekat dengan Lewandows...

Salah Minta Ejen Cari Pasukan Baru

Image
Berita jendela perpindahan Liverpool nampaknya menjadi semakin panas apabila bintang sensasinya Mohamed Salah didakwa mahu meninggalkan Anfield, menurut laporan di Sepanyol. Pemain kebangsaan Mesir itu cemerlang di bawah pimpinan Jurgen Klopp musim ini apabila meledak 44 gol dalam semua perlawanan. Salah, 25, memberi bayangan bahawa dia akan meninggalkan Liverpool pada musim panas ini dengan Real Madrid berminat terhadap bekas pemain Chelsea itu. Menurut laporan Don Balon , Salah telah memaklumkan kepada ejennya untuk menguruskan proses keluar dari Anfield. Malah, Manchester United dan Manchester City turut berminat untuk memburu Salah. Real, United dan City mampu membayar harga yang diminta Liverpool untuk melepaskan Salah yang dilaporkan bernilai sekitar 175 juta pound sterling. Pengurus Red Devils Jose Mourinho yang dijangka sedia berbelanja besar pada musim panas ini, menjual Salah semasa mengemudi Chelsea. Mourinho mahu berbelanja besar kerana ingin menyaingi...

Kecederaan Mohamed Salah Merisaukan Kem Mesir

Image
Kejohanan Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) edisi ke-21 bakal bermula pada 14 Jun di Rusia de­ngan menyaksikan Mesir menyertai kejohanan itu buat kali pertama selepas 28 tahun. Bagaimanapun, perkhabaran kurang gembira menimpa kem Mesir selepas menyaksikan tonggaknya, Mohamed­ Salah di­timpa ma­salah kecederaan ba­-
hu ketika Liverpool tewas 1-3 kepada Real Madrid dalam aksi final Liga Juara-Juara di Kiev, Ukraine, 27 Mei lalu. Ramai peminat terutama penyokong Mesir berang de­ngan tindakan yang dilakukan oleh kapten Real, Sergio Ramos dikatakan ti­-
dak mengamalkan semangat kesukanan dan sengaja me­ngasari Salah pada aksi separuh masa pertama itu. Ketiadaan Salah menyaksikan The Reds gagal menjulang kejuaraan Eropah tersebut sebagaimana Gareth Bale mencuri tumpuan dengan menjaringkan dua gol pada pentas final kejua­raan Eropah tersebut. Kini, tumpuan dialihkan kepada Salah ekoran status bekas penyerang Chelsea dan AS Roma tersebut masih menjadi tand...

Neymar Kembali Berlatih Bersama Pasukan Brazil

Image
Bintang Brazil, Neymar kini kian cergas untuk kembali pulih daripada kecederaan patah kaki pada sesi latihan yang berlangsung di London, jelas rakan sepasukannya, Danilo. Penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu mengalami kecederaan pada Februari lalu dan tidak pernah beraksi sejak diketepikan ketika Piala Dunia akan mula membuka tirainya, dua minggu lagi. "Dia menjadi bertambah baik dari hari ke hari, bertambah pantas dan tangkas sekali gus lebih sukar untuk ditandingi," kata Danilo yang pernah beraksi bersama Neymar ketika berada di Santos sebelum ini. "Dia begitu pantas sehingga anda tidak tahu dia akan pergi ke kanan, kiri, ke depan ataupun ke belakang," katanya ketika diminta mengulas mengenai kelicikan bekas penggempur Barcelona itu. "Kami mengharapkan dia dapat bersedia 100 peratus atau bersedia sepenuhnya menjelang aksi di Russia nanti." Brazil akan menguji Croatia di Liverpool, Ahad ini sebelum bertemu Austria di Vienna pada 10 J...

Fabio Maciel Mahu Lee Tuck Dirantai

Image
Jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel sangat mengagumi perwatakan Lee Tuck sekali gus mengakui pemain import Terengganu itu bakal menjadi ancaman utama apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan di Stadium PBKL, Cheras, Sabtu ini. Maciel berkata, pemain itu bukan sahaja rajin dan sentiasa bekerja keras malah mempunyai visi yang tinggi dalam permainan serta mampu menjaringkan gol. "Dia pembelian yang berbaloi untuk Terengganu. Saya sentiasa memandang tinggi karisma yang dimilikinya, seorang pemain yang saya anggap tidak mempunyai cacat celanya. "Lee Tuck seorang yang sangat rajin, anda boleh melihat dia berada di setiap inci padang. Dia juga bijak menyusun gerakan, sangat bahaya dalam situasi bola mati serta mampu menjaringkan gol dari jarak jauh," sanjung Maciel. Namun, Maciel melihat kehadiran semula pemain importnya, Paulo Josue adalah jawapan tepat untuk menyaingi Lee Tuck bagi menguasai pertempuran di bahagian tengah, posisi yang dilihat bakal mempe...

Roman Abramovich Mendapat Kerakyatan Israel

Image
Roman Abramovich yang berbangsa Rusia-Yahudi dan juga pemilik kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Chelsea disahkan telah berjaya mendapat kewarganegaraan Israel, mengikut laporan media antarabangsa. Kejayaan Abramovich menjadi warga negara penuh kontroversi itu sekaligus meletakkannya sebagai orang terkaya di Israel. Menurut laporan Forbes, Abramovich yang berusia 51 tahun itu mempunyai aset bernilai US$ 11.5 bilion. Abramovich sebelum ini menghadapi masalah untuk memperbaharui visanya di United Kingdom (UK) gara-gara pihak berkuasa negara itu meragui penjelasan yang dibuatnya mengenai kekayaan yang dimiliki. Selain itu, kelewatan dokumen visa itu diproses juga dikatakan berpunca daripada hubungan keruh antara kerajaan Britain dengan Rusia berhubung isu cubaan bunuh bekas perisik Rusia, Sergei Skripal di UK baru-baru ini. Abramovich yang menjadi pemilik Chelsea sejak tahun 2003, dilihat tidak berada di stadium ketika kelabnya menguburkan hasrat Mancherster United u...

Peruntukkan RM 40 Juta Dari Putrajaya Untuk Siar Piala Dunia 2018 Di RTM

Image
RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018, di mana 27 perlawanan akan ditayangkan secara langsung manakala 14 perlawanan lain disiar melalui siaran tertangguh. Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kabinet memperuntukkan RM40 juta untuk membeli hak penyiaran berkenaan. Gobind berkata butiran mengenai bagaimana peruntukan berkenaan dibelanjakan akan dijelaskan semasa taklimat khas mengenai kewangan negara esok. "Secara keseluruhan, saya boleh katakan sekarang angka yang kabinet bahas sebelum ini ialah RM40 juta. "Sudah tentu akan ada penaja dan sebagainya dan mereka akan menyerap sebahagian besar daripadanya," katanya selepas mempengerusikan pertemuan dengan pegawai kementeriannya petang ini. [Berita penuh menyusul]

RTM Akan Menyiarkan Piala Dunia 2018

Image
Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, perincian mengenai pemilihan perlawanan akan dimaklumkan dalam masa terdekat. "Setakat ini kita maklumkan Piala Dunia akan disiarkan di RTM 1. Maklumat selanjutnya akan diberitahu kemudian. "Mungkin esok," katanya ditemui selepas Mesyuarat Kabinet kedua di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini. BERITA LAIN: Peruntukkan RM 40 Juta Dari Putrajaya Untuk Siar Piala Dunia 2018 Di RTM Beliau berkata, cadangan itu dibawa ke mesyuarat Kabinet pagi tadi dan diluluskan. Semalam Gobind memaklumkan akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet berhubung kebenaran mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan. Piala Dunia 2018 berlangsung bermula 14 Jun hingga 15 Julai depan.

Tengku Amir Calon Terbaik Terajui FAS

Image
Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal membayangkan beliau bersedia berundur daripada jawatannya dengan memberikan laluan kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah menerajui pucuk pimpinan tertinggi badan induk bola sepak negeri tersebut. Subahan berkata, cadangan melantik Tengku Amir sebagai Presiden FAS sebenarnya bukan perkara baharu dan beliau sendiri mengakui bersedia untuk melepaskan jawatan tersebut kepada baginda. Subahan yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memberitahu, beliau mahu fokus kepada dua jawatan tersebut selain berpendapatan Tengku Amir sebagai calon terbaik menerajui pucuk pimpinan baharu FAS. “Sebenarnya cadangan me­lantik Tengku Amir sebagai Presiden FAS bukan suatu perkara baharu. Malah, saya sendiri bersedia untuk berikan kerjasama memastikan peralihan kuasa dalam FAS berjalan lancar. “Namun, perkara ini sepatutn...

Messi Sedia Mengetuai Argentina Di Piala Dunia Russia 2018

Image
Argentina sekali lagi membuktikan kebergantungan mereka kepada Lionel Messi apabila penyerang Barcelona itu meledak hatrik ketika menang 4-0 ke atas Haiti dalam aksi pemanas badan Piala Dunia semalam. Ketika Javier Mascherano membuat penampilan ke-143, mengatasi Javier Zanetti sebagai pemain Argentina dengan penampilan terbanyak, Messi menjaringkan gol awal pada minit ke-17 menerusi penalti. Dia menggandakan jaringan mereka 12 minit selepas separuh masa kedua dengan menolak bola mudah selepas penjaga gol hanya mampu menapis tandukan, menjaringkan gol ketiga pada minit ke-65 sebelum membantu Sergio Aguero untuk gol keempat mereka empat minit kemudian. Argentina yang gagal menambah jaringan wajar menang lebih besar ke atas Haiti yang tampil di Piala Dunia sekali pada 1974 dan berada di ranking ke-108 dunia, 103 tangga di bawah mereka. "Apa yang penting daripada keputusan ini, kami boleh mengucapkan selamat tinggal kepada peminat dan membuktikan kami datang ke Russia ...

Jafri Chew Harap Persatuan Bolasepak Pulau Pinang Bayar Tunggakkan Gajinya

Image
Selepas pelbagai usaha gagal, Jafri Firdaus Chew kini menyerahkan kepada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) untuk menangani isu tuntutan tunggakan gajinya terhadap Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP). Jafri yang kini mewakili PKNS FC berkata, dia sudah 'mati akal' dengan gelagat pihak terbabit yang seolah-olah mengambil sikap lepas tangan mengenai isu itu walaupun sudah banyak kali menyuarakannya. Katanya, walaupun jumlahnya tidak seberapa iaitu dua bulan sahaja (Oktober dan November) namun dia tetap mahu FAP menunaikan janji itu kerana ia adalah hasil titik peluhnya. "Sudah banyak kali saya bersuara mengenai isu ini sama ada secara berdepan mahupun menerusi media, namun tidak ada maklum balas daripada FAP. "Saya sudah membuat laporan rasmi kepada PFAM dan menyerahkan kepada mereka untuk menguruskannya. Saya difahamkan persatuan itu sudah memulakan langkah untuk menuntut hak saya itu, namun sehingga kini belum ada perkembangan po...

Ken Ilso Tinggalkan Pulau Pinang Selepas Tidak Mendapat Gaji

Image
Penyerang import Pulau Pinang, Ken Ilso mengesahkan dia sudah meninggalkan pasukannya selepas pengurusan pasukan Liga Perdana itu didakwa gagal membayar gaji selama tiga bulan sejak Februari lalu. Pemain Denmark itu menandatangani kontrak dengan skuad Harimau Kumbang awal Januari lalu selepas membantu Kedah menjuarai Piala FA dan Piala Sumbangsih pada 2017. Bagaimanapun, jodoh Ilso bersama skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu tidak kekal lama apabila difahamkan masalah kewangan yang melanda Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) mengakibatkan mereka tidak mampu membayar gaji pemain import. Ilso, 31, berkata, sehingga kini dia masih menantikan tindakan FAP untuk melunaskan tunggakan gaji dengan jumlahnya enggan didedahkan. "FAP gagal membayar gaji saya selama tiga bulan bermula Februari, Mac dan April lalu. Jadi selepas tiga bulan, berdasarkan undang-undang, saya boleh menamatkan kontrak berkenaan. "Sebelum itu saya sudah memberi dua surat peringatan kepa...

Melaka United Akan Tamatkan Kontrak Gomes

Image
Pasukan Liga Super, Melaka United (MU) kini hampir pasti menamatkan khidmat pemain tengah import dari Portugal, Tiago Gomes. Mengesahkan perkembangan itu, Pengurus MU, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata pemain import baharu dari Korea bagi menggantikan Gomes sudah dinilai oleh jurulatih E Elavarasan. Katanya, MU tidak boleh menunggu terlalu lama bagi memilih pemain baharu selepas kedudukan pasukan kini berada di tangga ketiga terbawah liga. "Penyenaraian pemain terbabit (Korea) diharap membentuk kekuatan baharu buat pasukan selepas prestasi kurang cemerlang Gomes walaupun sudah memberikan yang terbaik. "Elavarasan juga sudah melakukan tranformasi terhadap pemain sedia ada dengan berjaya mengikat Perak 0-0 dan PKNS 1-1 namun tewas 0-1 kepada Terengganu, Sabtu lalu. "Namun dalam kalangan pemain sedia ada, ia tidak menampakan impak besar yang boleh dibanggakan. "Sehubungan itu, kita memerlukan pemain baharu untuk memperkasakan pasukan, walaupun s...

Liverpool Bersetuju Untuk Menandatangani Fabinho

Image
Kelab bola sepak Liverpool sudah mendapat kata putus untuk pemindahan Fabinho dari AS Monaco. Pemain tengah Brazil akan secara rasmi menandatangani kontrak bersama Liverpool pada 1 Julai setelah berjaya melengkapkan pemeriksaan perubatan dan memuktamadkan kontrak jangka panjang di Melwood. Fabinho memberitahu Liverpoolfc.com : "Saya sangat teruja dengan perpindahan ini. "Ini sesuatu yang saya mahukan - Liverpool adalah gergasi eropah. Infrastruktur kelab itu kelihatan luar biasa. "Sebuah kelab bola sepak yang besar seperti Liverpool datang untuk mendapatkan perkhidmatan saya, saya tidak perlu berfikir panjang untuk menyertainya "Saya akan cuba mencipta sejarah saya sendiri di Liverpool. Mudah-mudahan dengan bakat yang saya ada, saya dapat memenangi gelaran dengan kelab ini. "Saya akan cuba untuk mengembangkan bakat yang ada dan belajar memperbaiki diri saya, dan menjadi sebahagian daripada sejarah kelab." Fabinho, yang mempunyai empat...

Mereka Gembira Liverpool Gagal Mengangkat Trofi Liga Juara-Juara - Van Dijk

Image
Virgil van Dijk melemparkan kritikan terhadap kelab-kelab di England dan penyokong mereka yang dilihat bergembira di atas kesengsaraan Liverpool gagal merangkul kejuaran Liga Juara-Juara. Pertahanan tengah itu percaya segala kutukan yang dibuat terhadap The Reds adalah kerana mereka cemburu dan sebenarnya mahukan tempat beraksi di pentas final kejohanan tersebut. Skuad kendalian Jurgen Klopp kalah 3-1 kepada Real Madrid di Kiev dengan dua gol mudah dilepaskan oleh penjaga gol Liverpool, Loris Karius. “Sudah tentu kami sepatutnya berbangga dengan diri sendiri. Semua kelab di England mahukan tempat kami sekarang. Mereka berlakon seperti mereka gembira namun saya fikir sudah tentu mereka cemburu. “Kami berada di final, malangnya kami tewas dan saya fikir kami perlu mengambil pengajaran ini untuk musim depan dan pastikan kami melakukan lebih baik berbanding tahun ini,” kata Van Dijk. Semestinya kejayaan melangkah ke final Liga Juara-Juara menjadi kenangan manis buat Van D...

Ulisses Morais Kembali Membimbing JDT?

Image
Adakah bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Ulisses Morais akan kembali mengendalikan skuad Harimau Selatan itu pada musim hadapan? Persoalan itu ditimbulkan selepas kenyataan pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dimuat naik menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers , hari ini. Menerusi kenyataan terbabit, Tunku Ismail melontarkan keyakinan betapa pengendali kelahiran Portugal itu akan kembali untuk menyelesaikan tugasnya bersama pasukan itu yang ditinggalkannya sejak Februari lalu. "Saya rasa dalam banyak-banyak jurulatih yang saya pernah bekerjasama sejak penjenamaan semula pasukan JDT, beliau adalah jurulatih yang paling saya senang bekerjasama dan juga jurulatih yang paling bagus," kata Tunku Ismail. "Bukan sahaja dari segi taktikal dan permainan tetapi dari segi cara beliau bersemuka dan menambat hati pemain secara individu. Saya banyak belajar daripada beliau dan saya yakin satu hari nanti beliau akan kembali. "Sebab me...

Bibi Takut Dengan Bayang-Bayang Sendiri - Hashim Mustapha

Image
Hashim Mustapha yakin tidak wujud komplot mensabotaj pasukan negeri itu seperti didakwa oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, semalam. Sebaliknya, bekas pemain Kelantan itu menganggap kenyataan berkenaan dibuat bertujuan menutup kelemahan sendiri. Beliau mendakwa, Bibi kini dilanda sindrom takut kepada bayang-bayang sendiri dan cuba menuding jari kepada orang lain selepas beberapa tindakannya menyebabkan The Red Warriors (TRW) kini berada dalam zon penyingkiran. "Saya tidak nampak mana-mana pihak yang cuba mengkhianati pasukan Kelantan seperti didakwa Bibi. Siapa dan untuk apa mereka hendak berbuat begitu? "Namun, saya tidak menafikan ada beberapa pihak seperti bekas pemain lantang mengkritik KAFA terutama Bibi atas beberapa tindakannya yang dianggap tidak wajar sehingga menyebabkan pasukan Kelantan berada dalam situasi sekarang. "Antaranya tindakan menyingkir pemain senior seperti Apek (Khairul Fahmi Che Mat), Piya...

Gobind Cadangkan RTM Menyiarkan Piala Dunia 2018

Image
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet berhubung kebenaran mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan. Menteri berkenaan Gobind Singh Deo berkata cadangan itu akan dikemukakan pada mesyuarat Kabinet Rabu ini dan berharap akan mendapat jawapan segera. "Saya akan bawa isu ini ke Kabinet pada Rabu dan saya harap kita akan dapat jawapan yang memihak pihak kita. "Bagi saya, ini adalah satu daripada cara bagi kita mempromosi kembali RTM (Radio Televisyen Malaysia). Saya rasa kita perlu melakukannya, kita perlu meningkatkan bilangan penonton RTM. "Ini acara antarabangsa. Pada saya, cukup penting supaya ia disiarkan secara langsung oleh RTM yang menjadi rangkaian televisyen rasmi," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan pertamanya ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama di sini, hari ini. Semalam, Anggota Parli...

Kelantan Terumbang Ambing Tanpa Pemain Import

Image
Ketiadaan pemain import dianggap antara faktor penyumbang kepada kekalahan 0-2 Kelantan kepada Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. Penolong ketua jurulatih, Yusri Che Lah berkata, atas faktor itu juga, skuad The Red Warriors (TRW) terpaksa menelan rasa pahit apabila mengalami tiga kekalahan berturut-turut. Katanya, pasukan itu amat memerlukan segera pemain import untuk membolehkan mereka memberikan saingan lebih baik dalam baki liga. "Kelantan kini mempertaruhkan ramai pemain muda dan walaupun kurang pengalaman, mereka berjaya menunjukkan persembahan yang baik. "Kami juga sedar usaha mengilap mereka tidak akan dapat hasilnya dalam tempoh singkat. Justeru, kami amat perlukan segera tenaga import," katanya. Yusri berkata, pihak pengurusan sedang berusaha untuk mendapatkan tenaga import pada jendela perpindahan kedua dan kemungkinan khidmat pemain terbabit dapat digunakan dalam tempoh terdekat. ...

Ashari Samsuddin Selamatkan Maruah Terengganu

Image
"Pemain beraksi baik dalam keletihan dan saya harus puji mereka," ujar pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim. Itu komen beliau selepas anak buahnya menang tipis 1-0 menundukkan Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dekat sini malam tadi. Jaringan penyerang bergelar 'The Silent Killer' Mohd Ashari Samsuddin yang juga bekas pemenang Kasut Emas 2010 dengan menghasilkan 18 gol, sudah cukup buat skuad Penyu itu mengutip tiga mata di laman sendiri. Menurut Irfan, biarpun pemainnya kepenatan kerana rehat kurang mencukupi dan ditambah beraksi dalam bulan puasa, mereka tetap tidak kenal erti penat sebaliknya terus berusaha mendapatkan gol. "Saya puji pemain walaupun letih mereka tetap berusaha memburu jaringan. Hasilnya saya bersyukur kerana mereka dapat menjaringkan gol biarpun kami sebenarnya mampu menghasilkan lebih daripada satu jaringan," kata Irfan Bakti. Mengenai ketiadaan tonggak tengah...

Negeri Sembilan Lega Peroleh Tiga Mata

Image
Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mario Lemos akui lega apabila pasukan yang mula dikendalikannya pada 10 Mei lalu kembali mencatat kemenangan selepas menewaskan Kelantan, 2-0, dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. Pengendali berusia 34 tahun berasal dari Portugal menyifatkan kemenangan itu begitu bermakna dalam membangkitkan semangat serta keyakinan anak buahnya untuk mengharungi baki saingan liga. "Saya puas hati dengan persembahan ditunjukkan pemain dan kemenangan ini amat bermakna untuk membangkitkan semangat serta keyakinan pemain, walaupun tidak dapat mengubah kedudukan pasukan. "Malah, saya juga mengakui bukan senang untuk pasukan ini bangkit tetapi pemain menunjukkan kesungguhan tinggi untuk menang dan membuktikan perubahan yang kita lakukan sudah mula menampakkan hasilnya. "Saya harap pemain dapat kekalkan prestasi terbaik ini dan meneruskan momentum kemenangan untuk memastikan kami kembali bersaing dan dap...

Bibi Dedah Ada Pihak Mahu Jatuhkan KAFA

Image
Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mendedahkan wujud usaha dilakukan pihak tertentu yang mahu melihat Kelantan berada dalam keadaan tidak menentu musim ini. Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan ketika mendedahkan perkara itu berkata, usaha menjatuhkan skuad Kelantan sedang berlaku dan beliau dimaklumkan oleh beberapa individu yang sedia menunjukkan bukti. Malah katanya, masalah sama pernah melanda beberapa pemain yang menyebabkan pihak pengurusan terpaksa menyingkirkan mereka daripada pasukan. "Sebenarnya bola sepak Kelantan dijatuhkan oleh orang-orang yang tidak mahu melihat KAFA dipulihkan, banyak pemain disingkirkan disebabkan oleh campur tangan pihak luar yang hanya mahu lihat kami hancur. "(Orang) itu bukan orang lain, saya tidak mahu menuduh tetapi saya banyak menerima kiriman WhatsApp dari beberapa individu yang rela datang jumpa dan tunjukkan kepada saya apa yang sedang berlaku di sebalik semua ini," katanya dalam kenyataan balas di akaun Facebo...

Kedah Menumpaskan Selangor 2 - 1

Image
Impian Selangor untuk meraih kemenangan pertama bagi aksi di bulan Ramadan musnah selepas tewas 2-1 di tangan Kedah di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam. Kemenangan itu menyaksikan Kedah kini mengumpul 21 mata selepas 12 perlawanan, manakala Selangor kekal dengan 11 mata. Skuad kendalian Nizam Adzha Yusoff yang turun dengan misi meraih kemenangan kedua berturut-turut di bulan Ramadan selepas menundukkan Pahang 2-0 di Darul Aman, Selasa lalu membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Baddrol Bakhtiar. Liridon Krasniqi mengukuhkan kedudukan buat Kedah hanya tujuh minit selepas bersambung babak kedua apabila rembatan jarak dekatnya gagal diselamatkan penjaga gol, Khairul Azhan Khalid. Kedah yang dilihat lebih banyak melakukan gerakan berbahaya hampir menambah gol ketiga menerusi Syazwan Zainon, namun percubaannya diselamatkan pemain pertahanan, K Kannan ketika Khairul Azhan sudah keluar dari posisi. Selangor yang cuba bangkit dengan beberapa gerakan ke kubu K...

Real Madrid Julang Trofi Liga Juara-Juara Untuk Kali Ketiga Berturut

Image
Real Madrid mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Liverpool 3-1 pada aksi final di Stadium NSC Olimpiyskiy sebentar tadi. Babak pertama permainan berkesudahan 0-0 dengan Liverpool kehilangan peledak utamanya Mohamed Salah yang cedera di bahu. Dia terpaksa digantikan dengan Adam Lallana pada minit ke-30. Real turut kehilangan pemain, Dani Carvajal yang dipercayai cedera buku lali dan tempatnya diisi Nacho. Bersambung babak kedua, Real mendahului permainan pada minit ke-51 hasil kesilapan penjaga gol Liverpool Loris Karius yang membaling bola ketika Karim Benzema berada berhampirannya dan mudah menampan bola ke dalam gawang. Liverpool bagaimanapun tidak menunggu lama dan kembali menyamakan kedudukan menerusi Sadio Mane tiga minit kemudian. Kemasukan Gareth Bale ternyata membawa tuah buat Real apabila pemain Wales itu menjaringkan gol kedua juara bertahan itu pada minit ke-63 dan sekali lagi pada minit ke-83.

Ronaldo Memberi Bayangan Akan Meninggalkan Real Madrid

Image
Cristiano Ronaldo memberi bayangan bahawa perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang menyaksikan Real Madrid menang 3-1 ke atas Liverpool di Kiev untuk kejuaraan ketiga Liga Juara-Juara berturut-turut, mungkin aksinya yang terakhir bersama kelab gergasi Sepanyol itu. Ronaldo, 33, kini menjulang lima gelaran berkenaan secara peribadi namun gagal menjaringkan gol apabila Gareth Bale tampil wira buat Real selepas diturunkan daripada bangku simpanan untuk meledak dua gol. "Saya akan menikmati detik ini dan dalam tempoh beberapa hari lagi saya akan berikan jawapan kepada peminat yang sentiasa bersama saya," kata Ronaldo. "Seronok berada di Real Madrid. Saya akan bercakap mengenainya beberapa hari lagi." Ronaldo kemudiannya mengakui komen awalnya selepas perlawanan dibuat pada masa yang tidak sesuai. "Mungkin ia bukan masa yang tepat. Saya tidak mahu mengalih perhatian terhadap apa yang dicapai Madrid. Menang tiga gelaran Liga Juara-Juara satu detik y...

Salah Bakal Terlepas Kejohanan Piala Dunia?

Image
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, bakal terlepas peluang ke Piala Dunia susulan kecederaan bahu pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, kata pengurus pasukan, Juergen Klopp. Salah yang menjaringkan 44 gol dalam semua kejohanan bersama Liverpool musim ini, meninggalkan padang sambil menangis pada minit ke-31 selepas dikasari kapten Real, Sergio Ramos. Pemain Mesir itu cuba meneruskan permainan selepas menjalani rawatan di padang namun terpaksa meninggalkan perlawanan. Bagaimanapun, Persatuan Bolasepak Mesir, menerusi Twitter, menyatakan Salah mengalami kesakitan ligamen bahu dan optimis pemain itu akan kembali cergas untuk Piala Dunia. Menteri Belia dan Sukan Mesir Khaled Abd El-aziz di laman Facebooknya berkata: "Salah dijangka memerlukan dua minggu untuk rawatan. Dia akan terus berada di Liverpool dan menjalani pemulihan sebelum menyertai pasukan Mesir di Itali. Dia berkata, Salah akan menyertai skuad terakhir Mesir ke Piala Dunia yang...

Loris Karius Mohon Maaf

Image
Penjaga gol Liverpool Loris Karius mengakui kesalahan atas kekalahan pasukannya kepada Real Madrid 1-3 pada final Liga Juara-Juara yang menyaksikan dua kesilapannya menghadiahkan jaringan buat lawan. Penjaga gol kelahiran Jerman itu memberikan Real gol pertama mereka pada minit ke-51 di mana ketika dia terburu-buru memulakan serangan, dia membaling bola di depan Karim Benzema yang pantas merebut peluang untuk meledak jaringan. Karius, 24 turut melakukan kesilapan untuk gol ketiga Real apabila Gareth Bale mencuba jaringan jarak jauh yang melepasi jangkauan penjaga gol Liverpool itu. "Saya tidak rasa apa-apa ketika ini. Hari ini saya menyebabkan pasukan saya tewas dan ingin meminta maaf kepada semua," kata Karius. "Saya meminta maaf kepada semua, pasukan, seluruh kelab kerana kesilapan yang membawa padah. Jika boleh saya undurkan masa, saya akan lakukan. Saya minta maaf kepada pasukan. Saya tahu saya kecewakan mereka hari ini. "Gol itu menyebabkan ka...

Tolonglah Tewaskan Liverpool - Beckham

Image
David Beckham mungkin sudah meninggalkan Manchester United pada 2003 namun kebenciannya terhadap seteru tradisi, Liverpool dilihat masih lagi mekar. Bekas kapten England itu mengharapkan bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Zinedine Zidane supaya dapat menewaskan The Reds pada aksi final Liga Juara Juara, awal pagi esok. Beckham, yang meninggalkan Old Trafford untuk menyertai Los Blancos menerusi nilai perpindahan 25 juta pound (RM132 juta) berada bersama-sama Zidane untuk satu sesi temuramah menjelang aksi penuh berprestij di Kiev itu. "Untuk menjadi seorang pemain yang berjaya dan kini sebagai pengurus yang berjaya, ia satu pencapaian yang mengagumkan," katanya mengenai Zidane. "Saya hanya mahu mengucapkan selamat maju jaya di perlawanan akhir Liga Juara Juara kepada Zizou, presiden dan juga pasukan ini. "Dan tolonglah tewaskan Liverpool!" - AGENSI

Firdaus Yakin Akan Merobek Gawang JDT

Image
Jafri Firdaus Chew meletakkan Gonzalo Cabrera sebagai pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang perlu diberi lebih perhatian kerana pemain import dari Argentina itu dilihat mampu menjadi pemusnah apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Shah Alam, malam esok. "Kelebihan Cabrera adalah dia mampu mengelecek beberapa orang pemain serta bijak mencari ruang untuk melakukan ledakan. Malah, dia sekarang berada pada puncak prestasi apabila kerap menjaringkan gol," kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu. Dalam pada itu, jaringan sulung ketika seri 1-1 dengan Melaka United, Rabu lalu menyuntik semangat Jafri untuk terus berusaha merobek pintu JDT. Jafri berkata jaringan ke atas Melaka itu bukan sahaja penting kerana menyelamatkan PKNS daripada kekalahan malah dianggap tepat pada masanya ketika dia sedang tercari-cari sentuhan gol yang menghindari dirinya sekian lama. "Sebagai penyerang, keupayaan saya akan diukur daripada jumlah jaringan meskpun saya jarang dit...

Bermain Di Bulan Puasa Tak Untung

Image
Beberapa perlawanan yang sudah berlangsung setakat ini menyaksikan stadium agak lengang dengan jumlah penonton menurun lebih 50 peratus. Beberapa perlawanan yang sudah berlangsung setakat ini menyaksikan stadium agak lengang dengan jumlah penonton menurun lebih 50 peratus. Kantung pasukan Liga Malaysia dijangka kempis susulan sambutan dingin penyokong terhadap perlawanan dilangsungkan sepanjang Ramadan. Beberapa perlawanan yang sudah berlangsung setakat ini menyaksikan stadium agak lengang dengan jumlah penonton menurun lebih 50 peratus. Contohnya, hanya kira-kira 5,000 hadir menyaksikan perlawanan Liga Super antara Kedah menentang Pahang di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Selasa lalu. Angka itu jauh tersasar daripada jangkaan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang berharap sekurang-kurang 15,000 penyokong membanjiri stadium yang mampu memuatkan 25,000 penonton, apatah lagi pertembungan kedua-dua pasukan dilabel sebagai perlawanan bertaraf A. Aksi Terengganu FC menenta...

Fred Terima Tawaran Dari Manchester United RM278 Juta

Image
Pemain tengah Brazil, Fred sedar mengenai 'tawaran besar' daripada Manchester United dan dia semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan ke Old Trafford dengan nilai perpindahan 52.5 juta pound (RM278 juta). Pemain berusia 25 tahun itu mengesahkan perbincangan lanjut sudah dilakukan selepas perpindahannya ke Manchester City pada jendela perpindahan Januari lalu tidak dapat dilaksanakan. City sudah mengalihkan tumpuan kepada Jorginho namun United menjangkakan mereka dapat menandatangani Fred sebelum aksi Piala Dunia. Fred akan berada di England pada minggu ini selepas Brazil menyertai perlawanan pemanas badan menentang Croatia di Anfield dan difahamkan, dia turut akan menjalani pemeriksaan kesihatan. "Perbincangan lanjut sudah dilakukan sejak Januari. "Perpindahan ke Manchester City boleh berlaku namun selepas itu, kedua-dua pasukan Manchester bertemu dengan Shaktar dan ejen saya untuk membincangkan mengenai urusan perpindahan ini. "Kalau tid...