‘Adinda’ Ultras Perlis Kecewa ‘Kekanda’ Presiden PFA ‘Curi’ Logo Orang

LOGO baru Perlis Northern Lions yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) baru-baru ini menerima kecaman segelintir penyokong Singa Utara selepas tersebarnya pendedahan gambar singa pada logo itu sebenarnya diciplak daripada logo lain.

Kelab penyokong Ultras Perlis – Brigate Gialloblu (BGB Perlis) di laman Facebook meluahkan rasa kecewa dengan pemilihan logo berkenaan selain turut memberi penjelasan mengapa logo itu tidak patut wujud.

Selain faktor tiada originaliti pada logo tersebut, BGB Perlis beranggapan PFA membuat kesalahan besar dalam pemilihan warna apabila menyingkirkan warna kuning biru serta elemen lingkaran padi pada logo lama.

“Ke Hadapan Datuk Presiden PERLIS NORTHERN LION yang disayangi…Maafkan saya sekadar meluahkan pendapat dan rasa sedikit terkilan mengenai pemilihan serta warna pada logo Perlis Northern Lion.

“Pertamanya, template Singa yang digunakan langsung tiada originaliti dan kreativiti kerana dirembat secara yahudi daripada laman Google dan hasilnya seolah-olah tangkap muat sahaja. Itu belum bercakap soal copyright yang mana jika pemilik asal logo tersebut ada mendaftar untuk pattern logo tersebut, kita bersedia sahajalah untuk membayar saman. Mengambil contoh di negara jiran Thailand, logo Gajah dibuat menggunakan kreativiti mereka tersendiri.

“Selain itu, dari segi pemilihan warna, jika dilihat pada logo baru pasukan yang diperkenalkan, ada tertulis “DEMIMU KUNING BIRUKU”, dimanakah KUNINGNYA dimanakah BIRUNYA?

“Selain itu, elemen lingkaran padi juga terus hilang dari logo baru Perlis NL. Buat pengetahuan semua, lingkaran padi pada logo lama PFA adalah diinspirasikan dari jata negeri Perlis. Bagi orang luar yang tidak faham akan simboliknya lingkaran padi ini, ianya melambangkan hasil utama negeri ini. Ia menunjukkan betapa bangganya rakyat perlis dengan kekayaan hasil padinya yang cukup subur dan mampu menjana ekonomi negeri dan rakyat negeri ini sejak dahulu kala lagi.

“Sungguh benar saya agak terkilan dengan alasan remeh diberikan, jika ada yang agak tak berapa selesa dengan kenyataan yang saya keluarkan maafkan saya sebab ini PERLIS TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!,” kata posting tersebut.

Justeru, mereka berharap Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie mengambil tindakan segera terhadap kontroversi itu selain turut mencadangkan PFA mengadakan pertandingan mencipta logo pasukan seperti yang pernah dilakukan Terengganu FC (TFC).

Setakat artikel ini ditulis, PFA belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Pilihan Penulis

Pasukan Perlis Perkenalkan Logo Baru Yang Lebih Garang

Kenapa Pilih MIFA, TFCII Dan Perlis? Ini Penjelasan MFL…

Penyokong Kelantan Juga Sertai Piya Ke Perlis

Perlis Bukan Pasukan Yang Longgok 'Kuda Tua'

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam