Pasukan Perlis Perkenalkan Logo Baru Yang Lebih Garang

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie, pada malam tadi telah merasmikan logo baru pasukan Perlis yang kini sah akan menggunakan nama Perlis Northern Lions mulai musim hadapan.

Perasmian logo baru tersebut berlangsung pada malam semalam di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar yang mana turut menyaksikan berlangsungnya perlawanan pra-musim di antara pasukan Perlis dan pasukan Pulau Pinang.

Selain pengumuman mengenai logo baru pasukan Perlis, Datuk Ahmad Amizal Shaifit juga turut membuat pengumuman rasmi mengenai status liga yang akan disertai oleh pasukan Perlis pada musim hadapan. Dalam sebuah kenyataan rasmi daripada pihak MFL, pasukan Perlis telah dipilih untuk mengisi kekosongan slot untuk saingan Liga Premier Malaysia untuk musim hadapan.

Pilihan Penulis

Akhyar Rashid Rasmi Sarung Jersi Harimau Selatan

Gaji Tak Munasabah Punca Banyak Pasukan ‘Bungkus’

AirAsia Suntik Modal Jutaan Ringgit Untuk MIFA?

Kenapa Pilih MIFA, TFCII Dan Perlis? Ini Penjelasan MFL…

Logo baru pasukan Perlis ini menyaksikan mereka menggunakan logo berbentuk perisai, dengan lambang kepala singa ditampilkan dalam logo berbentuk perisai tersebut. Di bahagian atas logo tersebut juga turut diletakkan slogan baru pasukan tersebut iaitu ‘Demimu Kuning Biruku.’ Logo mereka kemudiannya dilengkapi dengan 2 warna, iaitu kuning keemasan dan hitam.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam