Kenapa Pilih MIFA, TFCII Dan Perlis? Ini Penjelasan MFL…
MIFA yang menduduki tangga ketiga Liga Premier musim lalu akan beraksi di Liga Super atas tiket Felcra FC yang menarik diri, sementara TFCII dan Perlis masing-masing akan menggantikan tempat juara Liga FAM, Terengganu City FC (TCFC) dan Kuantan FA di Liga Premier 2019.
Enggan kontroversi negatif terus merebak, MFL tampil memberi penjelasan di sebalik keputusan mempromosikan tiga pasukan itu.
Menerusi satu kenyataan, pentadbir Liga Malaysia itu menjelaskan pihaknya membuat pertimbangan itu tanpa kompromi dan telah melalui proses yang telus untuk memilih tiga pasukan terbabit.
“Pasukan MIFA telah membuat usaha yang baik untuk mematuhi keperluan MFL dan telah menunjukkan rancangan masa depan yang jelas seperti menetapkan mereka dalam komuniti dan pelan untuk meningkatkan hubungan bersama penyokong. MIFA juga telah memperoleh pelaburan baharu dan kami berharap bahawa pelaburan ini bakal membantu pasukan MIFA menjadi lebih stabil pada masa yang akan datang.
“Bagi TFCII pula, kebiasaannya, FAM akan memajukan juara dan naib juara Piala FAM sebagai calon promosi. Tapi, untuk musim ini, FAM telah mencadangkan Terengganu FC II sebagai juara Challenge Cup 2018.
“Sementara itu, pemilihan Perlis pula dibuat dengan beberapa syarat iaitu mereka perlu menyelesaikan masalah tunggakan yang sedia ada.
“Harus diingat bahawa kepimpinan Perlis FA yang baru telah mengambil alih pengurusan tanpa pengetahuan atau rekod mengenai tunggakan ini. Rekod ini telah diberikan oleh pihak FAM baru-baru ini untuk perhatian kepimpinan Perlis FA yang baru dan dalam perjumpaan bersama, Presiden Perlis FA sendiri telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan memberi komitmen bahawa isu ini akan diselesaikan.
Pada masa sama, MFL turut mengesahkan UKM FC akan kekal beraksi di Liga Premier selepas rayuan kali kedua mereka diterima, namun tetap dikenakan denda ekoran gagal mengesahkan status pendaftaran pasukan dalam masa yang ditetapkan.
Pilihan Penulis
■ KFA Tidak Puas Hati, Akan Bawa Kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan■ Lotto Jalin Kerjasama Bersama Kedah FA Dua Tahun
■ Penyokong Kelantan Juga Sertai Piya Ke Perlis
■ Akhyar Rashid Diarah Lapor Diri
“Pihak UKM FC telah dikenakan denda dan diberi amaran untuk menguruskan garis masa dengan lebih efisien. Mereka juga telah diminta mengesyorkan penglibatan untuk jangka masa panjang serta mengemukakan pelan struktur dan matlamat serta pelaksanaan untuk tahun-tahun yang akan datang,” kata kenyataan itu lagi.
Comments
Post a Comment