Coutinho Tak Lagi Disayangi Di Barcelona

PHILIPPE Coutinho pernah menjadi fenomena di Barcelona apabila gergasi bola sepak Sepanyol itu sanggup membelanjakan 130 juta pound (RM687 juta) untuk mendapatkan bintang tengah Brazil tersebut daripada Liverpool.

Tidak sampai setahun ber­ada di Camp Nou, Coutinho, 26, yang sebelum ini menjadi pemain kesayangan penyokong Reds bagaimanapun tidak disayangi peminat Barcelona yang mendesak dia dijual.

Beberapa bulan pertama selepas menyertai Barcelona, Januari lalu, Coutinho menunjukkan aksi meyakinkan, namun memasuki musim baharu dia agak tenggelam.

Dia hanya diturunkan sembilan kali dalam kesebelasan utama musim ini, selain enam kali selaku gantian.

Coutinho meledak empat gol dan satu gerakan dalam La Liga, selain satu jaringan serta tiga gerakan gol pada aksi Liga Juara-Juara.

Semua itu tidak meyakinkan penyokong bahawa dia adalah pemain yang sesuai buat kelab dan ramai mahu bintang Brazil tersebut dijual kepada Paris Saint-Germain (PSG) untuk ditukar dengan Kylian Mbappe.

Pilihan Penulis

Barcelona Tawarkan Philippe Coutinho Dan €150 Juta Untuk Kylian Mbappe

Real Madrid Sedia Berikan Isco Dan Kovacic Untuk Hazard

Liverpool Mahu £75 Juta Setahun Dari New Balance, Atau Cari Penaja Lain

PSG Terpaksa Jual Kylian Mbappe Atau Neymar Jr.

“Dia perlu meningkatkan etika kerja dan mengubah permainannya. Buat masa ini dia tidak cukup untuk menyerang atau bertahan.

“Jiwanya seperti tiada di sini. Saya tidak tahu sama ada masalah peribadi atau sebaliknya,” kata seorang penyokong dalam blog Barca.

Akhbar Sepanyol dan ­Britain juga mendakwa, keputusan ­Liverpool membeli ­Virgil van Dijk dengan harga 75 juta pound (RM396 juta) dari Southampton lebih berbaloi berbanding pembelian yang dilakukan Barcelona untuk Coutinho.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam